.

.

KARTiKEL

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu Dah Melarat ke Sarawak Lah Pulak

Jika dilihat pada laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, dah makin banyak sekolah yang terpaksa di tutup disebabkan oleh jerebu. Antara yang dah ditutup selepas Johor pada hari awalnya, adalah sekolah di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Hmm.. makin teruk lah jerebu kat Malaysia nih..

Jerebu Dah Melarat ke Sarawak Lah Pulak

Yang paling terkini melalui http://aqicn.org/city/malaysia/sarawak/sibu/ ini jugak menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi Sibu, Sarawak jugak dah mula naik sampai 106! Kualiti udara memang makin merosot. Patut ler petang tadi main bola tampar dengan budak-budak sekolah, sekejap jer dah rasa semput. Ingatkan sebab faktor penuaan tadik! ha3..

Apa pun, kita ucapkan segala yang selamat lah buat rakan-rakan guru kita dan pelajar terchenta sekalian yang berada di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu nih. Kalau saya yang di Sibu, Sarawak nih baru 106 pun dah semput-semput nafas, tak dapat nak dibayangkan macam mana mereka-mereka yang berada di tempat yang sampai mencecah 7++!


Sila jaga keselamatan anda, jangan keluar rumah sangat, banyak minum air, gunakan topeng keselamatan dan juga kurangkan aktiviti di luar. InshaAllah, dugaan ini pasti akan berlalu. Kesabaran amat diperlukan pada ketika ini. All the best! ;)


7 ulasan:

  1. Jerebu Oh Jerebu!...... makin menjadi, kali ini lebih menganas lagi

    BalasPadam
  2. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... Jangan la sampai siniiiiiii ;((

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Salam cikgu..ckgu mmg org sibu ke..nak tanya kereta sewa kat sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam.. saya bukan orang Sibu, tapi dah bekerja di sini 7 tahun.. apesal lak tanya kereta sewa nih?.. lucu ar.. ;)

      Padam