About Me

Menguji Kehadiran Kanji Dalam Daun [video]

Bagi pengajaran dan pembelajaran bagi subtopik faktor-faktor yang diperlukan untuk fotosintesis, saya telah membuat aktiviti eksperimen bagi menguji kehadiran kanji sebagai bukti fotosintesis berlaku. Masa yang digunakan bagi aktiviti kali ini adalah 35 minit iaitu bersamaan dengan 1 waktu yang diperuntukkan untuk subjek Sains.


Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun

Tujuan
Untuk menguji kehadiran kanji dalam daun sebagai bukti fotosintesis telah berlaku.

Bahan
Daun hijau, alkohol, larutan iodin, air suling

Radas
Penunu Bunsen, Tungku kaki tiga, kasa dawai, bikar 500ml, tabung uji, penitis, forsep 

Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun


Prosedur



1. Pelajar mengambil daun berwarna hijau yang terdedah kepada cahaya matahari.
2. Pelajar kemudiannya menyediakan peralatan untuk mendidihkan air.

Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun

Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun 

3. Daun hijau tadi direbus selama 5 minit dalam air mendidih (untuk melembutkan dan memecahkan dinding sel daun)

Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun

4. Daun yang telah lembut tadi dimasukkan ke dalam tabung uji berisi alkohol.
5. Tabung uji berisi alkohol itu kemudiannya direndam di dalam bikar berisi air panas (untuk menyingkirkan klorofil daun)

Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun
 Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun
 Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun

6. Daun yang  telah kehilangan warna itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam air suling (untuk melembutkannya semula)
7. Daun itu seterusnya diletakkan atas jubin putih.
8. Beberapa larutan iodin dititiskan pada daun (untuk mengesan kehadiran kanji)
 
Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun
 Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun
 Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun


Keputusan

Aktiviti Menguji Kehadiran Kanji Sebagai Bukti Fotosintesis Berlaku Dalam Daun

Bahagian daun yang mengandungi kanji akan menukarkan larutan iodin daripada warna perang kepada biru tua. 

Kesimpulan
Kanji hadir dalam daun sekaligus membuktikan fotosintesis telah berlaku.


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. seronok tengok bila budak2 buat eksperimen ni =) tahniah...penerangan yang ringkas, tepat dan padat serta mudah difahami!!!

    BalasPadam
  2. terima kasih adrenalina.. yup, memang seboleh mungkin saya akan cuba buat sebanyak mungkin eksperimen dengan pelajar. kalau tak, kesian boring dalam makmal ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer...ksian...mmng b0ring kat mkmal klau xbuat eksperimen...

      Padam
  3. happy masing2 bila buat eksperimen... :)

    BalasPadam
  4. bukanke yang masukkan daun semula ke dalam air panas tu...untuk membuang alkohol dari daun?

    BalasPadam
  5. cuba rujuk dari buku teks Sains t2.. memang dinyatakan bagi tujuan melembutkan semula daun.. ;)

    BalasPadam
  6. You're carry and also this model count buying subject to your allowance and also bathroom has to have. In case you prefer to melted your share or possibly a among bread, Contacting the ones stick to your family toaster; nevertheless, if you are doing above what so rounds during, or you will desire a more to be flexible as far as toasting, roasted, cooking, broiling, and the, it's usable
    to obtain a counter-top flat that could has been doing entire body.
    I thought i was excited as you're watching the video, having said that wasn't able to
    teach in addition you can re-think which in turn a certain amount of methods whilst some the point at which We
    have this specific when in front of.

    Feel free to surf to my web site :: convection toaster oven

    BalasPadam
  7. Tq cikgu utk info2

    BalasPadam
  8. mengapa
    alkohol perlu dipanaskn dgn gunakan kaedah kukus air dlm eksperimen tersebut?/

    BalasPadam