About Me

Temui Ken, Barbie, Fairy dan Superman Versi Plastik Surgeri

Macam-macam manusia yang ada kat bumi nih. Oleh sebab tak bersyukur dengan apa yang ada kurniaan tuhan, maka ubah lah sana sini dengan menggunakan pembedahan plastik. Daripada proses betulkan hidung, tegangkan kulit, besarkan payudara dan bermacam-macam lagi rawatan yang boleh didapatkan daripada pembedahan plastik, kini ianya menjadi satu trend baru di seluruh dunia. Lebih kronik apabila golongan lelaki pun sekarang turut melakukan perkara yang sama untuk kelihatan lebih baik. Jom kita tengok sekelompok manusia aneh yang hidup dalam alam fantasi dan angan-angan untuk menjadi Ken, Barbie, Fairy dan Superman!


#1 - Barbie

Nama sebenar Barbie ini ialah Valeria Lukyanova, berusia 23 tahun dan berasal dari Russia. Membuat pengakuan dalam semua media sosial bahawa hanya pernah melakukan sekali sahaja pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Barbie sebenar. Selebihnya datang daripada diet dan juga senaman yoga yang diamalkan. Nampak sangat menipu kan?. Pada awal kemunculan nya, ramai yang menyangkakan beliau adalah salah seorang lagi ciptaan manipulasi Adobe Photoshop, namun V Magazine telah mengambil langkah menjejak nya dan mengadakan suatu sesi temuramah. Sehingga kini, Barbie ini masih mendapat liputan yang meluas, terutamanya di Perancis dan Eropah.

#2 - Ken


Jika kita ada Barbie, kini kita ada pula lelaki yang nak menjadi Ken. Beliau yang dimaksudkan ialah Justin Jedlica, jejaka berusia 32 tahun dari New York. Telah menghabiskan sehingga $60, 000 untuk menyiapkan dirinya sebagai Ken, beliau telah menjalani beberapa kali pembedahan plastik termasuk 5 kali pembedahan membetulkan hidung dan juga 13 kali suntikan pada punggung. Semuanya bermula seawal usia 14 tahun, di mana beliau mengakui beliau adalah mangsa buli di sekolah kerana mempunyai badan yang tinggi melebihi pelajar lain. Ini menyebabkan nya terasing dan mula memikirkan "kesempurnaan" yang perlu dicapai. Jadi, inilah jalan yang dia pilih.

#3 - Fairy


Ini pula adalah Anastasiya Sphagina yang juga dikenali sebagai Fukkacumi yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Ukraine. Beliau merupakan seorang juruhias rambut dan telah menggunakan kepakarannya untuk menghasilkan efek mekap sehingga kelihatan seperti seekor seorang Pari-pari. Sphagina mengatakan bahawa beliau memerlukan masa sehingga satu jam untuk mendapatkan efek seperti itu. Lebih menarik lagi, Sphagina juga menjadikan Valeria Lukyanova sebagai idola beliau ke arah menjadi manusia impian.

#4 - Superman


Ini pula adalah Herbert Chavez, berusia 35 tahun yang berasal daripada Filipina. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap cerita Superman, maka lelaki ini mengambil keputusan untuk mengubah wajahnya melalui pembedahan plastik untuk menjadi seperti Clark Kent. Beliau telah memulakan proses menjadi Superman sejak daripada tahun 1995 lagi. Dan masih lagi berusaha untuk membaiki dirinya supaya menjadi lebih Superman.





Catat Ulasan

4 Ulasan