About Me

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian PISMP Ambilan Jun 2013

PELAJAR | Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian PISMP Ambilan Jun 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa


2. STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
2.2 Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester


3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.
DAN
sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
3.5.1 Bahasa Melayu;
3.5.2 Sejarah;
3.5.3 Satu (1) mata pelajaran yang lain;
serta
3.5.4 lulus Bahasa Inggeris.
3.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).


4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
4.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
4.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.1.3 Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:


5.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
5.1.1 Bahasa Melayu
5.1.11 Pendidikan Jasmani
5.1.2 Bahasa Inggeris
5.1.12 Pendidikan Seni Visual
5.1.3 Matematik
5.1.13 Sejarah
5.1.4 Sains
5.1.14 Muzik
5.1.5 Pendidikan Khas
5.1.15 Pemulihan
5.1.6 Pendidikan Islam
5.1.16 Reka Bentuk dan Teknologi
5.1.7 Bimbingan dan Kaunseling
5.1.17 Bahasa Tamil
5.1.8 Bahasa Cina
5.1.18 Bahasa Arab
5.1.9 Bahasa Kadazan Dusun
5.1.19 Bahasa Iban
5.1.10 Pra Sekolah


5.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
5.2.1 Bahasa Melayu
5.2.9 Pendidikan Seni Visual
5.2.2 Bahasa Inggeris
5.2.10 Sejarah
5.2.3 Matematik
5.2.11 Muzik
5.2.4 Sains
5.2.12 Pemulihan
5.2.5 Pendidikan Khas
5.2.13 Reka Bentuk dan Teknologi
5.2.6 Pendidikan Islam
5.2.14 Bimbingan dan Kaunseling
5.2.7 Pendidikan Jasmani
5.2.15  Pra Sekolah
5.2.8 Pengajian Cina


5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
5.3.1 Bahasa Melayu
5.3.9 Pendidikan Seni Visual
5.3.2 Bahasa Inggeris
5.3.10 Sejarah
5.3.3 Matematik
5.3.11 Muzik
5.3.4 Sains
5.3.12 Pemulihan
5.3.5 Pendidikan Khas
5.3.13 Reka Bentuk dan Teknologi
5.3.6 Pendidikan Islam
5.3.14 Bimbingan dan Kaunseling
5.3.7 Pendidikan Jasmani
5.3.15 Pra Sekolah
5.3.8 Pengajian Tamil


CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm mulai 22 Mac 2013.
2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
4. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
 

PERINGATAN
Calon yang berjaya ditawarkan program ini dan didapati memalsukan maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menarik balik tawaran tersebut.
 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. minat nak jadik cikgu jugak ke carl? keje cikgu nih gaji kecik jer.. jadik ler doktor ke, engineer ke.. ;)

    BalasPadam
  2. ala..stpm candidate tak boleh ke apply? huhu

    BalasPadam