About Me

Sejarah Sofbol di Malaysia



Sejarah sofbol Malaysia di cikguhailmi.blogspot.com
Sejarah Sofbol di Malaysia 

Pada mulanya, sofbol hanya dimainkan oleh mubaligh-mubaligh Amerika (1939) di ACS Kampar, Perak sebagai satu sukan rekreasi.

Kemudiannya bila berlaku Perang Dunia Kedua, permainan sofbol terhenti. Namun tentera Jepun yang menggemari sukan ini telah meneruskannya dengan menggunakan bola tenis.


Pada tahun 1960, Jack Robinson telah mengadakan klinik Sofbol di seluruh Tanah Melayu bagi menghidupkan kembali sukan ini.

Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, namun sukan ini masih belum mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negeri-negeri lain.

Penghujung tahun 1960-an, negeri Selangor, Perak dan juga Pulau Pinang mengambil langkah proaktif dalam mempopularkan sukan sofbol  di negeri masing-masing.


Sejarah sofbol Malaysia di cikguhailmi.blogspot.com

Pada tahun 1972, wakil dari negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang telah mengadakan satu perjumpaan di Kediaman Menteri Besar Perak ketika itu, Dato’ Sri Haji Mohd Isa bagi menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (SAM). Maka pada tanggal 16 Mac 1972 terbentuklah Persatuan Sofbol Malaysia dengan beliau dilantik sebagai pengerusi yang pertama.

Setahun kemudian, iaitu pada Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak yang disertai oleh hanya tiga pasukan iaitu pasukan Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Hasil daripada kejayaan penganjuran kejohanan tersebut, beberapa negeri lain mula menunjukkan minat bagi menganggotai SAM termasuklah RAAF Softball Association of Malaysia.

Perkembangan baik ini ditambah lagi apabila pada Oktober 1976, Kuala Lumpur telah menganjurkan Kejohanan Sofbol ASEAN pertama dengan penyertaan oleh 5 buah Negara. Malaysia mendapat tempat ketiga.

Pada tahun 1977 pula, buat pertama kalinya Malaysia telah menghantar pasukan sofbol ke luar Negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina. Tambah menarik, apabila Kejohanan sofbol ASEAN juga menganjurkan bagi kategori wanita.

Tahun 1979 pula menyaksikan permainan sofbol diterima buat pertama kali bagi dipertandingkan dalam sukan SEA. Penyertaan Malaysia bagi acara lelaki telah berjaya membuahkan hasil dengan menduduki tempat ketiga.

Pasukan sofbol wanita Malaysia pula menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei pada tahun 1982. 

MSSM juga memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan sofbol di Malaysia. Buat kali pertamanya pada tahun 1968, Kejohanan Sofbol MSSM telah diadakan di Selangor. 

Pada tahun 2003, buat pertama kalinya juga, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian dalam MSSM. 2004 pula menyaksikan Kategori Bawah 12 tahun dianjurkan semasa MSSM di Perak. Pada tahun 2005, Kategori Bawah 15 tahun pula diperkenalkan.


Sejak daripada itu, sukan sofbol terus berkembang ke seluruh Malaysia.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. TQ acik.. Semoga info nih boleh bagi manfaat kepada semua, terutamanya peminat-peminat sukan sofbol kat Malaysia nih.. susah nak cari info pasal sofbol nih, maklum lah .. bukan sukan popular...

    BalasPadam
  2. kalau sekolah sukan yang mana ada sofbal?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di SMK PUTERI ada sukan sofbol.. di seremban

      Padam