About Me

10 Pemain Besbol Paling Kaya di Dunia

Besbol merupakan antara sukan utama paling digemari di Amerika Syarikat. Kemunculan ahli sukan besbol juga adalah sehebat kemunculan ahli sukan lain seperti bola keranjang dan American Football. Berikut merupakan pemain besbol yang meraih pendapatan paling lumayan sehingga 2012.


10. Ryan Howard Pendapatan: $21.5 juta 
Howard telah menandatangani kontrak 5 tahun, $125 000 tetapi bakal kehilangan musim awal nya kerana kecederaan yang dialami baru – baru ini. Howard merupakan pemain paling pantas mengumpulkan 250 home runs, dengan hanya 855 perlawanan. Beliau juga memperolehi pendapatan $1.5 juta daripada penajanya iaitu  Adidas, Powerade, Subway, Topps dan Verizon.



 9. Cliff Lee

Pendapatan: $21.8 juta 
  Lee bergerak bebas pada tahun 2010 sebelum kembali berkhidmat untuk pasukan  Philadelphia, seperti mana pada musim 2009. Lee masih berbisa dengan kontrak $120 000 juta bagi tempoh 5 tahun.  



 8. Mark Teixeira
Pendapatan: $22.8 juta 
The Yankees telah mengumpan Teixeira bagi musim 2009 dengan kontrak 8 tahun dengan jumlah kontrak sebanyak $180 juta. Pemenang 4 kali Anugerah Glove Emas ini juga membuat $250 000 daripada penajaan dengan Rawlings, dan Nike.



 7. Prince Fielder
Pendapatan: $23.3 juta
 Fielder yang telah menandatangani kontrak bebas bersama pasukan the Tigers dalam bulan Januari dengan jumlah $214 juta untuk tempoh 9 tahun. Kontrak tersebut adaah kontrak keempat terbesar dalam sejarah besbol. Beliau juga mencatatkan rekod 228 kali home run bersama pasukan Milwaukee Brewers pada 6 musim, menjadikannya yang ketiga paling banyak dalam besbol.



 6. CC Sabathia
Pendapatan: $24 juta
 Kontrak $161 juta Sabathia selama 7 tahun merupakan kontrak paling besar buat seorang pitcher besbol. Sabathia telah memperolehi $1 juta setiap tahun daripada penajanya seperti Subway, Pepsi, EA Sports dan Nike’s Jordan Brand.



5. Johan Santana 
Pendapatan: $24.4 juta
  Pemenang 2 kali Anugerah Cy Young ketinggalan keseluruhan musim 2011 selepas pembedahan bahu tetapi masih mampu memperolehi gaji penuh $ 22.5 juta. Pasukan Mets masih berhutang $ 55 juta pada 2 musim terakhir beliau dalam kontrak $137.5 juta selama 6 tahun. Beliau juga merupakan jurucakap besbol paling popular di Venezuela.



 4. Ichiro Suzuki

Pendapatan: $24.5 juta
Ichiro memperolehi $7 juta tahunan daripada perjanjian penajaannya dengan Jepun. Beliau kini berada pada tahun terakhir kontrak 5 tahunnya dengan pasukan Mariners.




3. Derek Jeter 
Pendapatan: $25 juta 
 Kapten pasukan Yankee ini mencatatkan sedikit penurunan bayaran daripada $21 juta (2010) kepada $15 juta (2011). Namun Jeter merupakan pemain paling banyak ditaja dengan perolehan $9 juta tahunan daripada penaja seperti Nike, Gatorade, Ford, 24-Hour Fitness dan Avon.



2. Joe Mauer 
Pendapatan: $27 juta
  Mauer telah mengekalkan Anugerah MVP American League 2009 buat kali ke-8, di samping pelanjutan kontrak sebanyak $184 juta sebelum bermulanya musim 2010. Beliau bergelut dengan kecederaan pada tahun lepas tetapi masih merupakan salah seorang pemain yang paling boleh dipasarkan, dengan pendapatan tahunan $4 juta daripada penaja seperti Nike, Gatorade, Head & Shoulders dan Rawlings.



 
1. Alex Rodriguez 
Pendapatan: $32 juta
  A-Rod telah menandatangani 2 kontrak paling besar dalam sejarah besbol - $252 juta dengan Texas Rangers pada tahun 2000 dan $275 juta dengan Yankees pada tahun 2007. Perjanjian dengan Yankee merangkumi $30 juta tambahan sekiranya beliau mencapai sasaran home run yang tertentu. Beliau juga memperolehi $2 juta setahun daripada penajaan iklan dengan pihak Nike, Rawlings, Topps dan Vita Coco.

Catat Ulasan

0 Ulasan