.

.

KARTiKEL

Rabu, 13 Februari 2013

Chupacabra: Makhluk Aneh Penghisap Darah Kambing


 Pernah dengar cerita misteri pasal Chupacabra? Chupacabra adalah makhluk misteri yang bermaksud "the goat-sucker" dalam Bahasa Sepanyol atau pun dengan lebih ringkas lagi, "si penghisap darah kambing". Binatang misteri ini yang pertama kali dilihat muncul di Puerto Rico dan merebak ke tempat lain di Amerika dan negara-negara Latin dikatakan makhluk jadian yang akan menghisap darah binatang-binatang ternakan, terutamanya kambing.

Chupacabra dikatakan akan menyerang binatang ternakan dan menghisap darah dengan hanya menggunakan dua gigi taringnya yang sangat kuat. Semua darah binatang tersebut akan disedut sehingga tiada langsung darah yang akan tinggal dalam badan binatang tersebut.

Melalui pertembungan dengan manusia, saksi memberitahu mereka melihat Chupacabra adalah seekor binatang besar seperti beruang, dengan badan berbulu dan juga bertaring yang menakutkan. Mata nya yang merah menyala akan jelas kelihatan pada waktu malam. Tambah mengerikan dengan bunyi mendengus yang dihasilkan adalah seperti binatang buas.

Pendek kata, Chupacabra adalah binatang mitos yang sangat dahsyat!


Namun, pada akhir Oktober 2010, seorang saintis daripada University of Michigan, Barry O'Connor telah membuat satu penemuan baru.

Dalam penemuan nya, Chupacabra bukanlah seekor binatang misteri pun. Binatang yang disangka oleh orang ramai sebagai Chupacabra yang aneh adalah koyote (anjing liar) yang dijangkiti parasit kurap bernama Sarcoptes scabiei.

Simptom yang jelas kelihatan bagi koyote yang dijangkiti ini adalah, binatang tersebut akan kehilangan bulu yang kritikal, menipiskan kulit koyote tersebut dan juga menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Kenapa koyote berkurap tersebut menyerang binatang ternakan?

Ini adalah disebabkan oleh koyote tersebut kurang bertenaga dan lemah disebabkan oleh parasit kurap tersebut. Jadi, mangsa yang paling senang untuk diserang sebagai makanan adalah binatang ternakan, berbanding rusa liar yang perlu diburu.

Kita tengok rupa Chupacabra yang sebenarnya adalah koyote berkurap yang kronik!


Inilah rupa sebenar chupacabra makhluk aneh penghisap darah kambing


Inilah rupa sebenar chupacabra makhluk aneh penghisap darah kambing


Ok, dah. Jangan takut-takut lagi!


2 ulasan:

  1. ishh menakut jer.. naseb tak wujud :)

    BalasPadam
  2. hu3.. anjing kurap jer.. bila dah masing2 nak menambah, jadik lah makhluk aneh yang misteri giler.. sifat manusia.. ;)

    BalasPadam