About Me

Gadis Afghan Bermata Hijau: Muka Kenal, Nama Tak Tahu

Gadis Afghan Bermata Hijau: Muka Kenal, Nama Tak Tahu


Gadis bermata hijau: the afghan girl


Mesti ramai yang pernah tengok gambar gadis ini kan?. Gambar potrait dia nih banyak menghiasi majalah dan juga akhbar setiap kali dibicarakan pasal hak asasi wanita Afghanistan. Gambar nih mula glamer skali bila gambar potrait tersebut menjadi cover untuk Majalah National Geographic pada tahun 1985. Dikatakan juga, disebabkan mata hijau nya itulah yang menyebabkan ramai masyarakat dunia lebih bersimpati dengan nasib rakyat Afghanistan pada masa itu! Dan bermula daripada hari itu jugalah, dia lebih dikenali sebagai "the Afghan Girl".

Tahu nama dia?

Biar saya cerita sket, macam mana 'the Afghan Girl' boleh jadi bintang secara tiba-tiba nih.

Pada tahun 1984, seorang fotografer National Geographic, Steve McCurry telah ke Afghanistan untuk membuat liputan mengenai perang di sana. Ketika di ke sebuah kem perang, sedang dia berehat di sebuah khemah kecil, tiba-tiba kelihatan kelibat seorang gadis yang meluru masuk ke khemah berdekatan. Gadis tersebut memadamkan api yang cuba membakar tudungnya. Pada masa itulah, Steve McCurry ini menangkap beberapa keping gambar gadis Afghan tersebut.


Kalau diperhatikan betul-betul, boleh nampak perasaan marah gadis tersebut kepada fotografer tersebut. Dan gadis tersebut juga mengakui perkara yang sama bila pertemuan kali kedua mereka. Itu merupakan pengalaman pertama kali gambarnya dirakamkan oleh seseorang yang asing. Dan tambahnya lagi, sejak daripada itu, gambarnya tidak pernah lagi dirakamkan oleh mana-mana kamera!


Maka pada Januari 2001, iaitu selepas 17 tahun gambar tersebut dirakamkan, maka National Geographic pun berusaha untuk mengesan kembali gadis tersebut. Pencarian mereka berbaloi, apabila pasukan tersebut menemui kembali gadis bermata hijau itu walaupun pencarian tersebut, bukanlah sesuatu yang mudah. Dia adalah berketurunan etnik Pashtun yang dikenali dengan semangat perang yang tinggi. Berkahwin dengan suaminya, Rahmat Gul pada usia 16 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.


Ini gambar terbaru gadis tersebut dibandingkan dengan gambar dia dulu.

Gadis bermata hijau: the afghan girl


Oh ya, lupa nak bagitahu nama dia

SHARBAT GULA!




Catat Ulasan

1 Ulasan