.

.

KARTiKEL

Khamis, 21 Februari 2013

Bila Guru Tak Boleh Marah, Denda dan Rotan Murid Yang Tak Siap Kerja Rumah

Hari nih dalam facebook banyak cikgu-cikgu dan laman-laman page yang berkaitan dengan guru seperti Guru Muda 1Malaysia  dan Saya Suka Jadi Cikgu mengkongsikan gambar sensasi terbaru ini.


Kiriman SMS ini mencetuskan sedikit kemarahan para guru, kerana ada unsur ugutan terhadap segala tindakan yang guru ambil pada pelajar kalau tak siap kerja rumah. Sampai nak marah pun tak bagi!

Dalam pada itu, sebelum ada yang melenting naik hangen, kita semua juga harus ingat bahawa tiada kepastian si pengirim adalah ibu bapa kepada pelajar atau pun mungkin juga dihantar oleh pelajar sendiri. Apa-apa pun semua diminta bersabar, dan mengulas kenyataan dengan lebih berhemah.

Sekadar berkongsi pengalaman hidup, kalau saya dulu-dulu, kena rotan dengan cikgu, takut nak bagitahu dengan bapa. Sebab mesti dapat extra rotan lagi kat rumah. Tapi budak sekarang, kena cubit sikit pun, esok mak bapak bawak lawyer datang sekolah.

Di sini juga saya kongsikan kiriman menarik oleh seorang guru sebagai respon kepada kiriman sms tersebut.


==================================================================

tudiah.. hahaha! meh sini cikgu payedd nak bgtau.. kpd mak bapak yg x brapa nak layak jd mak bapak tu. sila baca dan paham..

wahai mak bapak.. tidaklah menjadi kegemaran guru utk memarah, membebel, merotan dan memukul anak2 anda.. kami x suka.. kami sndr banyak keje nak buat selain dari nak marah anak anda yg ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. mungkin mewarisi sifat anda.. tapi mahu atau tidak kami sbg guru perlu untuk memastikan mereka belajar dan melaksanakan tugas. wahai ibu dan bapa.. adakah kamu patuh pd suruhan agama dan tuhan kamu? kenapa kamu patuh? kerana kamu adalah insan.. kerana kamu adalah hamba.. dan kenapa pelajar perlu utk patuh dan laksanakan tugas sbg pelajar? kerana mereka adalah pelajar dan mereka perlu utk belajar. saya juga patuh pd tuhan dan agama saya.. saya juga patuh dan arahan pengetua. sedang saya yg cikgu pun boleh dengar cakap.. apa kuasa dan kehebatan anak anda sampaikan tidak boleh ditegur walau sedikit. apakah kuasa undang2 skrg membuatkan bapak dan ibu buta? 


wahao bapak dan ibu.. kami para2 guru tidaklah kejam. tidaklah jahat dan tidaklah gila.. malah, kami rasa, lebih ramai guru2 yg mnjd gila.. mendapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi semata2 menghadap muka anak2 anda setiap hari yg kurang ajar dan melawan guru. tapi, masih... kesalahan diletakkan di tangan guru. katanya guru tidak pandai mengajar.. wahai bapak dan ibu... kalau dah anak anda mnjd tuhan di sekolah, membuat undang2 sndr. boleh tidur dan x boleh kena marah bila x nak belajar, apa kuasa yg kami ada utk jadikan anak anda sbg manusia??

kami bukan tuhan yg boleh berikan hidayah.. kami bukan nabi yg bersifat maksum dan pemaaf setiap masa. kami hanya guru biasa yg mungkin tidak didengari suara.

wahai bapak dan ibu.. bila anda anda mendapat keputusan yg cemerlang.. anda akan cakap.. "sbb anak saya pandai"
bila anak anda mndpt keputusan yg corot.. jawapan anda.
"cikgu tu x pandai mengajar"

wahai bapak dan ibu.. kalau dah mcm ni la gayanya.. anak anda akan menjd bodoh.. dan terus mnjd bangang abadi.. walaupun guru yg mengajar anak anda itu.. adalah guru dari syurga.

sekian.. terima kasih.

yg benar.. guru pedalaman sarawak yg disayangi pelajar.
mohammad farid hanafi~
ok bai*



==================================================================

p/s: Teringat zaman belajar dulu. Bapak siap pesan dengan guru, rotan lah jika itu yang perlu untuk didik saya sampai berjaya. Jangan sampai cacat sudah..




9 ulasan:

  1. Suruh dia cari sekolah swasta.. Sebab tu murid sekarang lembik, x de jatidiri.. Ingatlah wahai ibu bapa.. Kalau guru HEP tak marah saya dulu saya tak akan berada seperti sekarang....

    BalasPadam
  2. setuju tuh Putera Dunia.. saya pun sama.. kalau tak kerana kena marah dan kena ketuk dgn cikgu, xde lah saya boleh jadik mcm sekarang nih.. ;)

    BalasPadam
  3. anak2 skrang ni terlampau manja dan mak bapak lak terlampau manjakan anak. msti bersebab kenapa cikgu tu marah. kalau rotan, mngkin boleh elakkan tp nak marah pn tak boleh?? mcm mane la nak siap keje rumah....
    sy bukan cikgu tp sy stuju dgn post ni. kalo ade anak, mmg nak ckp kt cikgu kalo ade ape2 anak sy buat yg mngkin akan melemahkan prestasi, jgn segan silu nk ckp dgn sy.

    BalasPadam
  4. bagus lah.. sebenarnya didikan anak2 nih bermula dari rumah.. kalau dari rumah, ibu bapa dah didik dengan baik, insha Allah dia pergi sekolah pun dia buat perangai baik..

    BalasPadam
  5. parents mcm ni paling ramai dkt KL..pernah kena warning dgn sorang mak budak, dia cakap kalau cikgu sentuh anak saya, saya SAMAN cikgu !! giler kan?

    BalasPadam
  6. hu3.. kalu yang camtuh, jangan sentuh.. baling ngan kasut jer.. ;)

    BalasPadam
  7. betul juga kan, mungkin bukan ibu bapa yang send sms ni.

    BalasPadam
  8. harap-harap nya macam tuh lah, Sya..

    BalasPadam
  9. buat je kerje masing2...balasan sendiri tanggung.

    BalasPadam