.

.

KARTiKEL

Jumaat, 11 Januari 2013

Memahami Deria Penglihatan

Deria penglihatan menggunakan organ mata

Deria Penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria.
Rangsangan yang diperlukan adalah cahaya.



STRUKTUR MATA

FUNGSI STRUKTUR MATA
Kornea - Membiaskan cahaya dan memfokuskan kepada retina
Iris - Mengawal saiz anak mata
Anak Mata -  Membenarkan cahaya masuk ke dalam mata
Kanta mata - Memfokus cahaya ke retina 
Otot Silia - Mengubah ketebalan kanta mata
 Gelemair dan Gelemaca - Mengekalkan bentuk mata
Sklera - Melindungi dan memberi bentuk mata
Koroid - Mengelakkan pantulan cahaya dalam mata
Retina - Mengesan cahaya
Bintik Kuning - Bahagian retina yang paling peka
Saraf Optik - Menghantar impuls ke otak
Ligamen Gantung - Memegang kanta mata



BAGAIMANA ANDA BOLEH MELIHAT?
Cahaya dipantulkan dari permukaan objek yang kita lihat ke dalam anak mata.  
Cahaya bergerak melalui kanta mata dan difokuskan kepada retina
Imej yang nyata, lebih kecil dan dalam keadaan terbalik akan terbentuk.
Saraf optik akan menghantar impuls dari retina ke otak. 
Kemudian otak akan mentafsirkan imej itu sebagai objek tegak seperti yang dilihat.



MEKANISMA PENGLIHATAN
 Mekanisma Penglihatan dalam organ mata
 Imej yang terhasil di retina adalah nyata, lebih kecil dan terbalik!




BACA JUGA : 5 Deria Manusia 

15 ulasan:

  1. sebab tu kalau kornea atau kanta mata rosak..memang akan jadi buta sepenuhnya..

    BalasPadam
  2. maklumat di blog cikgu banyak membantu say dalam membuat buku skrap sains B6D1E1 . tq

    BalasPadam
  3. sama2 Kauthar AS.. saya sendiri pun berharap, bahan yang ada kat blog saya nih bleh membantu pelajar untuk buat yang terbaik dalam pelajaran.. study bagus k! ;)

    BalasPadam
  4. Salam Alayk. Maklumat dalam blog cikgu banyak membantu saya ( praktikal teacher ) dalam membuat PBS. jazakullah.....

    BalasPadam
  5. terima kasih

    BalasPadam
  6. Tq..maklumat yg ad byk membantu saya membuat folio sains :-)

    BalasPadam
  7. sama-sama.. semoga bermanfaat.. ;)

    BalasPadam
  8. Terima Kasih ... Blog cikgu ni mmg terbaikk ..

    BalasPadam
  9. terima kasih!.. semoga terus memberi manfaat

    BalasPadam
  10. boleh ulang kaji... :) terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu ade tulis tentang teknologi yang digunakan untuk mengatasi deria penglihatan dan pendengaran x???saya nak buat buku skrap untuk tajuk ni...please

      Padam
  11. MOga membantu saya

    BalasPadam
  12. swaggggggggggggggggggggggggggggg

    BalasPadam
  13. Terima kasih cikgu hailmi

    BalasPadam