.

.

KARTiKEL

Rabu, 23 Januari 2013

Anoreksia Nervosa vs Bulimia Nervosa


Anoreksia Nervosa dan Bulimia Nervosa


Sedap betul dengar nama dua penyakit nih, macam ala2 saudara kembar dari Rusia. Tapi, khabar tak seindah dari rupa. Penyakit yang berkaitan dengan psikologi dan pemikiran ini sebenarnya memberi kesan yang jauh lebih dahsyat! Jom baca lagi untuk kita kenali ciri-ciri penderita anoreksia nervosa dan bulimia nervosa
Anoreksia nervosa ciri-ciri dan akibat

 CIRI-CIRI PENDERITA ANOREKSIA NERVOSA

  • Sengaja tidak mau makan kerana takut yang melampau berat badan akan naik.
  • Penghidap memiliki Body Mass Index kurang dari 18.5.
  • Kitar Haid terganggu.
  • Cenderung tidak mengakui bahawa dia menghidap anoreksia karena merasakan dapat mengawal keadaan dengan kemampuan untuk mengatakan tidak kepada makanan.

KESAN-KESAN ANOREKSIA NERVOSA

  • Berat badan tidak normal.
  • Anggapan yang selalu buruk tentang bentuk badannya sendiri.
  • Perubahan kitar haid sehingga berhenti kitar haid.
  • Degupan jantung tidak teratur.
  • Gangguan fungsi hati, sistem kardiovaskular dan organ dalam lainnya.
  • Otot melemah dan sistem imun tidak berfungsi.
  • Ketidakseimbangan pada hormon.
  • Terganggunya proses tumbesaran tubuh.
  • Osteoporosis a.k.a reput tulang.
  • Kematian.




Bulimia nervosa ciri-ciri dan akibat

CIRI-CIRI PENDERITA BULIMIA NERVOSA

  • Makan dalam jumlah besar kemudian mengeluarkannya secara paksa dengan cara memuntahkannya, makan julap, atau berolahraga dengan keras.
  • Diulangi perlakuan sebegitu sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu secara berturut-turut dalam beberapa bulan.
  • Penghidap memiliki berat badan normal atau cenderung overweight.
  • Merasa tidak mampu untuk mengawal diri dan mengakui bahawa dia memiliki masalah dengan tabiat pemakanan, namun malu untuk mengatakannya.

KESAN-KESAN BULIMIA NERVOSA

  • Malnutrisi a.k.a Kekurangan zat makanan.
  • Gigi berlubang serta penyakit gusi.
  • Dehidrasi a.k.a kehilangan air.
  • Kerongkong akan bengkak dan gatal-gatal tidak selesa.
  • Pipi membengkak.
  • Rambut gugur dan kulit kering.
  • Masalah pencernaan.
  • Ketidakseimbangan pada hormon.


2 ulasan:

  1. mungkin gejala ini berlaku disebabkan wanita terlaku obses untuk kurus sehingga menyebabkan mereka fobia pada makanan tanpa memikirkan risiko yg akan mereka tanggung..terutama gejala bulimia nervosa..

    BalasPadam
  2. tol tuh.. banyak sangat iklan tunjuk perempuan cantik semua kurus-kurus kering.. padahal ramai lagi perempuan cantik kat luar sana yang mempunyai badan yang sihat.. sihat kat sini bermaksud, berat ideal y sesuai dgn ketinggian.. ;)

    BalasPadam