About Me

Menang Hadiah Buku A Samad Said dari PTS

Alhamdulillah, baru dapat berita baik daripada PTS sebentar tadi. PTS? Pengeluar buku tempatan no.1 kat Malaysia!. (iklan sekejap sebab dah menang).. Tiba-tiba diumumkan sebagai pemenang Pertandingan SHARE Gambar Penulis Pilihan PTS dalam Facebook!!.


Cikgu Hailmi menang buku daripada PTS melalui Facebook


Tak budget langsung nak menang apa-apa, sebab saya pun cuma kongsikan Gambar Penulis Pilihan PTS tuh melalui seorang kawan lama masa belajar di USM dulu. Bukan saya seorang saja yang kongsikan gambar tersebut. Ada lagi 219 orang lagi selain saya. Ramai kan? Dah lah tak pernah ada rekod menang apa-apa pertandingan sebelum nih. He3 ..

Tapi, rezeki Allah tuh kita tak tahu kan.. ;)

Hadiahnya adalah berupa 2 buah buku keluaran PTS mengenai sejarah Nabi Muhammad SAW, iaitu AL-AMIN, hasil tulisan Sasterawan Negara, A Samad Said dan juga BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH, karya Prof Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusof dan Datin Dr Noor Naemah Abdul Rahman. Lebih menarik lagi sebab kedua-dua buah buku tersebut telah diautograf khas oleh penulis! ;)


Iklan kongsikan gambar penulis pilihan PTS di Facebook


Alhamdulillah rezeki Allah. Buku yang kedua, BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH sebenarnya sudah berada dalam koleksi buku saya sejak tahun lepas. Tapi, kali ini lebih bermakna sebab ada autograf dari penulis buku tersebut sendiri. Mungkin saya akan simpan buku yang saya menangi, dan buku yang saya beli dulu tuh akan saya jual. Siapa yang nak beli angkat tangan? 

Sesiapa yang suka baca buku, atau rasa-rasa nak menang buku macam saya, LIKE lah page PTS nih..  Facebook PTS

Catat Ulasan

0 Ulasan