.

.

KARTiKEL

Jumaat, 28 Disember 2012

Pasukan Sofbol Miri U21 kuasai Karnival Fastpitch Campuran di Miri

Kelibat umpire dan catcher sofbol semasa Kejohanan Sofbol di Miri, Sarawak

Sebagai menutup aksi sukan sofbol di Sarawak bagi tahun 2012, satu Karnival Fastpitch Campuran telah diadakan pada 15 dan 16 Disember yang lalu, bertempat di Padang Pusat Belia Miri, Sarawak. Karnival dua hari tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sofbol Sarawak, SSA pimpinan En Ishak Chin yang mana sudah tentu menarik penyertaan daripada kelab-kelab sofbol yang aktif sekitar Miri.

Penganjuran karnival seperti ini ternyata dapat memberi pendedahan berterusan kepada pemain-pemain, di samping melakukan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Terbuka Sofbol Bawah 21 Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Januari 2013 nanti. Kejohanan yang sama juga akan digunakan sebagai medan pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili Sarawak bagi SUKMA 2013 nanti.


KEPUTUSAN AKHIR
 Johan : Miri U21
Naib Johan : Tsunami
Ketiga : KRP
Keempat : PMU Ronin

Tambah meriah, pihak penganjur juga menyediakan hadiah khas bagi kategori pencapaian individu terbaik. Diharapkan dengan usaha yang berterusan, penganjuran karnival seperti ini akan membuka ruang yang lebih besar kepada perkembangan positif dunia sukan sofbol di Sarawak pada masa akan datang.

Selamat Bersofbol!
 

2 ulasan:

  1. kalau ikutkan peraturan..catcher tu takleh main.tak cukup syarat..tak pakai skull cap..kalau mssm,memang tak bagi main,ada dlm peraturan

    BalasPadam
  2. terima kasih untuk maklumat tuh.. tak pernah pun nak sentuh bab skull cap tuh.. kena korek laghik rahsia abang taiko kita nih ... ;)

    BalasPadam