.

.

KARTiKEL

Khamis, 6 Disember 2012

Coca Cola: Sejarah, Fakta & Keburukan


minuman coca cola : sejarah fakta dan keburukan

COCA COLA : SEJARAH

Seorang ahli Farmasi John Smith Pemberton dari Columbus, Georgia telah  mereka wain koka dengan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton (Pemberton’s French Wine Coca) pada tahun 1884. Apabila undang-undang di tempatnya, melarang penjualan minuman keras, Pemberton mula mencipta versi baru yang diberi nama, Coca-Cola, kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang mengandungi kaffeina. 
Pada mula-mulanya Coca Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Tetapi tidak mendapat sambutan ramai. Coca-cola mula menjadi terkenal apabila bermulanya Perang Dunia II, di mana Syarikat Coca-Cola memberikan minuman percuma kepada Tentera Amerika Syarikat.  Coca-Cola mula membina kilang di luar negeri untuk memastikan minumannya dapat dibekalkan kepada askar-askar, sekaligus mewujudkan asas untuk perkembangan syarikat di luar negeri selepas peperangan.  Kepopularan Coca-Cola tercetus sewaktu askar-askar Amerika pulang ke negara selepas peperangan dengan rasa untuk minuman itu. Minuman itu terus menjadi sinonim kepada cara hidup Amerika.

 Sebelum Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia II, kesulitan menghantar sari Coca-Cola ke Negara Jerman dan kawasan-kawasan pendudukannya menyebabkan penciptaan FANTA, sejenis minuman baru oleh seorang kakitangan Coca-Cola.

sejarah coca cola masa dulu zaman perang




COCA COLA : KANDUNGAN BAHAN KIMIA

 1. Air berkarbonat
2. Zat Pewarna (Karamel dan/atau Sulfit Ammonia Karamel)
3. Kaffein
4. Asid Fosforik
5. Asid Sitrik
6. Kalium Benzoat
7. Kalium Sitrat
8. Natrium Benzoat
9. Natrium Sitrat
10. Natrium Siklamat
11. Perasa

 sejarah botol coca cola dari dulu hingga sekarang


COCA COLA : KEGUNAAN

1. Untuk menghancurkan tulang : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 – 10 hari.
 2. Untuk mencuci tandas : Tuang setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'asid sitrik' yang berada dalam Coke.
 3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
 4. Untuk menghilangkan kesan hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
 5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
 6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.
 7. Untuk mencuci cermin kereta yang berdebu/kotor/melekit : Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.

  

coca cola minuman bahaya

COCA COLA : FAKTA MENARIK

Kandungan gula bagi satu tin Coke adalah bersamaan dengan 18 SUDU cawan teh! Asid Sitrik dalam Coca-cola akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis.

Bahan aktif Coke adalah ASID FOSFORIK, dengan pH 2.8, ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit OSTEOPOROSIS, reput tulang!

Lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan anti-hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk MENGHILANGKAN KESAN DARAH di jalanraya apabila berlaku kemalangan.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai RACUN PEROSAK yang disembur untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Coca Cola juga didakwa mengandungi ALKOHOL seperti yang didakwa dalam Everett Beal’s Recipe Book (Feb 28, 1979) dan juga Pemberton’s  Notebook (1992) yang disiarkan dalam History: For God, Country Coca-cola




# Fakta seperti yang tersenarai di atas adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

10 ulasan:

  1. ohh..ada alkohol? wahh..patut ramai yang minum..

    BalasPadam
  2. hu3.. tu pasal la kot ramai yang ketagih.. ;)

    BalasPadam
  3. yaaa ..totally its help me for my presentation <3 . tq cikgu. :)

    BalasPadam
  4. Cikgu, kalau saya nak ceritakan tentang Aktiviti Coca-Cola, yang mana satu lebih sesuai untuk dihuraikan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tengok dalam Youtube.. ada banyak aktiviti yang melibatkan Coca cola

      Padam
  5. coca cola , memang kandungan gula tinggi , dah lama tak minum ni

    BalasPadam
  6. Ya.. saya pun dah lama tinggalkan Coca Cola

    BalasPadam
  7. gula yang digunakan dalam coca cola bukannya gula pasir tetapi sirap jagung...ye sirap yang dihadilkan dari jagung...bukan sirap mapel...
    kau ada sirap jagung kat rumah??

    BalasPadam