About Me

Webinar STEM: Belajar CPR dan Heimlich Manoeuvre [bersama Dr Muhammad Ali Abdul Razak]

 WEBINAR STEM UNTUK MALAYSIA

Alhamdulillah selesai penganjuran webinar #STEM bagi tajuk CPR dan Heimlich Manoeuvre untuk murid Tingkatan 4. Program yang di rancang secara bersemuka, tetapi diubah kepada mod online, memberi kan pengalaman baru buat kita semua. Sekarang ilmu tu benar-benar di hujung jari.
Mana tak nya, sehingga kini webinar telah di tonton lebih 10,000 penonton dari seluruh pelosok Malaysia. Ada murid, ada guru, ada pembantu makmal, ada juga pembantu murid yang InshaAllah ilmu yang dikongsi ini pasti jadi ilmu yang berguna.


OK abam ada 4 sebab korang kena join Webinar STEM: CPR dan Heimlich Manoeuvre nih tau.
1. PAKAR - Kolaborasi dengan Klinik Kesihatan Ayer Hitam menampilkan Dr Muhammad Ali, siap demonstrasi
2. MURID - perkongsian ikut syllabus KSSM Tingkatan 4, bagi Bab 2 [Bantuan Kecemasan]
3. GURU & PEMBANTU MAKMAL - Sebagai PLC dan LADAP untuk Panitia Sains
4. KO-KURIKULUM - Aktiviti online bagi Bulan Sabit Merah, St John, KRS, Pengakap dan Bomba


Yang tak berkesempatan boleh tonton di https://youtu.be/MlfBVgSIshE




Kalau nak tengok Behind the Scene camna kami handle webinar tersebut pulak boleh tengok kat https://youtu.be/1_bTq5hNCfo




InshaaAllah kita akan bawakan banyak lagi Kolaborasi seumpamanya supaya lebih ramai anak Malaysia terima manfaat.



Saya ucapkan Jutaan terima kasih pada Dr Muhammad Ali Abdul Razak dan pasukan dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam, serta warga sekolah SMK Jerlun, terutamanya puan Pengetua Siti Rubiah Md Arshad, Guru Kanan Sains dan Matematik, Ketua Panitia Sains dan rakan guru Sains atas sokongan dan pertolongan sama-sama menjayakan webinar ini!

Catat Komen

0 Ulasan