About Me

Webinar Media Sosial Untuk PdPR Kreatif Catat Sambutan Luar Biasa!

Alhamdulillah rasa terharu sangat dengan sambutan sangat menggalakkan rakan guru bagi Webinar hari ini. 7 RIBU pendidik yang setia menunggu sepanjang 2 jam, bukti betapa dahaganya pendidik kita dengan ilmu PDPR.

Meskipun dah di maklumkan bahawa webinar anjuran sendiri ini tak masuk SPLKPM, tak ada sijil, tapi tetap mereka tekun tunggu untuk ilmu. Mereka adalah kalangan guru kita, yang senior dan yang baharu, bakal guru, malah juga para pensyarah.

Inspirasi anda adalah motivasi saya. Terima kasih rakan pendidik semua!


Yang tak sempat boleh tonton di sini https://youtu.be/J7fyLyqDkOQ

Webinar Media Sosial Untuk PdPR Kreatif


Harapan saya sedikit perkongsian saya tadi memberi ilmu berguna untuk cikgu2 jalankan Pdpr selepas ini. Besar amanah dan tanggungjawab kita kala mencabar nih, tapi pastikan kita tak mengalah!

Tak lupa juga terima kasih buat guru muda yang penuh potensi, Cikgu
Nuna Wawa
sebagai moderator terbaik hari ini walaupun line dia sekejap tenggelam sekejap timbul. Hahahahaha..

P/s: Yang follow Webinar tadi, share sket apa takeaways paling best untuk anda.. 🤩🤩🤩

Catat Ulasan

1 Ulasan