About Me

Mini Reunion Untuk Edufluencer; Banyak Perkongsian Amalan Terbaik PdPr

Semalam tanpa banyak perancangan, kumpulan guru Edufluencer (100 Terbaik Guru PAK21) dapat berkumpul sekali lagi. Reunion secara maya ini asalnya hanya untuk bertanya khabar sambil tahu perkembangan terkini masing2.

Kerana nak bagi ada pengisian ilmiah juga, maka kami sepakat buat perkongsian amalan terbaik semasa guru jalankan PdPr sekarang nih.
Ternyata idea mencurah-curah daripada rakan guru Edufluencer nih. Macam2 apps dan kaedah diorang guna untuk tarik minat murid belajar. Ada yang guna pelbahai sistem ganjaran untuk galak penyertaan murid dalam pembelajaran online. Kreatif semua. Pendek kata, 11 guru yang berkongsi, semuanya pon sangat lah bagus2.









Banyak benda saya belajar semalam. Punya semangat sampai nak tidor pun susah sebab otak ligat berpikir.
Setuju, bila kita berada dalam kelompok yang positif nih, semua benda pon jadi. Semangat kita pon makin berkobar-kobar. Maka pilihan untuk berkolaboratif sesama guru masa musim mencabar macam ni, memang sangat diperlukan. Semoga semua terus istiqamah.
Tahniah dan syabas saya ucapkan buat semua rakan #Edufluencer yang hebat2 belaka. Keep inspiring! ❤️

Catat Ulasan

0 Ulasan