About Me

EDUFLUENCERS #8 Cikgu Irma Rahayu Manfaat DELIMA untuk Pendidikan Seni Visual

 Meskipun Cikgu Irma Rahayu

nih nampak macam happy-happy, gila-gila orangnya, tapi time dia bentang arituh memang penuh semangat nau!

Cikgu Pendidikan Seni Visual dari SMK USJ 13, Petaling Jaya ini mewujudkan satu sistem pembelajaran subjek PSV iaitu Smart Art-Tech Learning System. Huhuhu.. nama pun dah canggih nau..
Dalam sistem ini pelajar akan melalui satu proses pembelajaran Pendidikan seni visual yang sistematik dan tersusun. Fokus utama dalam sistem ini adalah adanya Kelas Pendidikan Seni Secara Maya (Virtual Art Classroom) dan Galeri Seni Secara Maya(Virtual Art Gallery)
Ada 3 fasa yang pelajar akan lalui dalam sistem ini iaitu:
FASA 1 ialah Panduan Pembelajaran (learning instruction) menggunakan platform rasmi KPM iaitu DELIMA (Digital Educational Learning Initiative Malaysia)
FASA 2 iaitu penyelidikan dan sumber maklumat (research and resources) menggunakan youtube channel bijaksenicikguirma, buku teks digital
FASA 3 ialah kelas seni secara maya (virtual Art Gallery) menggunakan aplikasi Padlet. Setelah pelajar mendapat tugasan seni pada fasa 1 , pelajar mula mencari info pada fasa 2 untuk membantunya untuk menghasilkan hasil karya seni. Kemudian pelajar akan mempamerkan hasil karya di dalam Virtual Art Gallery. Di sini guru dan pelajar akan komen dan respon setiap hasil karya yang di pamerkan.






Smart Art-Tech Learning System membentuk murid asas yang kukuh bagi domain kognitif, psikomotor dan afektif dalam menyediakan murid ke arah Revolusi Perindustrian IR 4.0.
Perghhh.. tahniah yer Cikgu Irma. Semoga terus bersemangat dalam mendidik anak murid di musim mencabar ini!

Catat Komen

0 Ulasan