About Me

Bila Cikgu Mula BER-TIKTOK, Apa Kata Anda?

 Genap sebulan saya tambah platform hasilkan content ke TikTok pulak. Di YouTube masih ada, tapi di TikTok lebih menggoda. #tiberrr

Jemput follow saya di Tiktok menerusi https://vt.tiktok.com/ZSq1fBFa/
Saya sendiri pernah kena kecam sebab keluarkan statement cikgu-cikgu perlu berTikTok masa Webinar bersama Astro Awani lepas PKP. Baca komen kecam kat sini https://youtu.be/KGhSGtK61W0
Seperti ramai yang lain, saya melihat TikTok aplikasi penuh noda dan dosa di peringkat awal. Pandangan yang sama, terutamanya bagi mereka yang TAK PERNAH pon melayari TikTok. Sehingga lah didedahkan dengan potensi #TikTok oleh Cikgu Razif semasa Edublog 2.0.
Pun masih tak jalan sehingga sebulan lepas saya lihat anak murid saya begitu leka melayari TikTok. Sedangkan kita pula, banyak habis kan masa dengan tonton video di YouTube. Aneh dengan kelekaan mereka, maka saya sendiri cuba join sekaki. Tak sangka, saya pun jadi leka dan ketagihan dengan konsep video 1 minit nih. Padu, dan cepat sampai mesejnya!
Amazingly, aplikasi TikTok nih cukup bijak membaca minat kepada content yang kita suka, berdasarkan masa tontonan kita. Lagi lama anda tonton video lucu, maka lagi banyak video lucu akan disogokkan kepada anda.
Sebab TikTok bukan semerapu yang kita sangka. Aplikasi yang dibina dengan kajian sikap pengguna selama 5 tahun tu, benar-benar memanipulasi kehendak kita sebagai pengguna.





Konsep video pendek, disertakan dengan lagu latar yang catchy sangat lah memberikan bentuk ketagihan pada pengguna. Sebab tu tak hairan TikTok antara aplikasi termuda yang cecah 1 billion muat turun, dengan majoriti pengguna adalah Gen Z berusia 15 - 25 tahun. Dan mereka meluangkan masa sehingga 50 minit setiap hari untuk Tiktok.
Justeru itu, takkan kita nak biar kan mereka dengan content yang sebegitu?
Seperti mana media sosial yang lain, saya percaya cara bagaimana kita guna tu sangat penting. Maka apa kata kita ambil TANGGUNGJAWAB untuk hasilkan content ilmiah yang bermanfaat untuk anak-anak kita guna di Tiktok pula.
Oh ya, tau tak nak hasilkan video Tiktok lebih mencabar kreativiti saya berbanding video YouTube?!
So what say you??

Catat Komen

0 Ulasan