About Me

Eksperimen Tingkatan 4: Pola Pertumbuhan Kacang Hijau

Eksperimen wajib Sains T4 nih memang mencabar. Kena tunggu 10 hari baru dapat siap kan lengkap. Hari-hari pon kena videokan macam acah buat dokumentari National Geographic.


Tengok video penuh kat sini ya https://youtu.be/lTN_InTlhoA











Tahniah juga untuk anak-anak 4 Arif dan 4 Cemerlang yang sangat komited hari-hari bagi komitmen padu buat pemerhatian dan ukur panjang pokok kacang waktu rehat. Data yang di kumpul dalam Jadual masing-masing tu kemudian dibuat dalam bentuk graf. Memang depa ble nampak sebijik-sebijik graf tu akhirnya jadi satu lengkung Pertumbuhan berbentuk Sigmoid. Sama macam dalam buku. Tapi lagi happy, sebab dapat buktikan sendiri. Ye dak? 😍
Kat situ nampak sikap Saintis yang sangat passion dan penuh berintegriti. Tahniah. Cikgu bangga sangat tau! 😘
Oh ya. Saya buat juga sedikit modifikasi kepada eksperimen nih. Murid kena design dulu bekas guna bahan kitar semula macam botol mineral. Saja nak tengok kreativiti mereka. Memang Kreatif pon!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. salam cikgu cara untuk mendapatkan data yang jitu bagi eksperimen ini guna bahan apa ya untuk penambahbaikan

    BalasPadam
  2. Ataupun mungkin untuk meningkatkan jisim badan. Sebagai contoh, cara menambah jisim badan adalah seperti makan mengikut waktu yang https://testmyspeed.onl/ ditetapkan.

    BalasPadam