About Me

Bengkel CikgooTube Bersama Guru - Guru Hebat Dari Seluruh Malaysia Di IPG Kampus Sultan Mizan

 Rezeki seminggu ni dapat berkumpul dengan rakan2 guru hebat dari seluruh Malaysia, kecuali Sabah Sarawak. (sebab COVID19)

Kepandaian dan kemahiran video tu ikut gaya masing2, tapi tujuan semuanya sama. Iaitu nak bergabung bawah satu payung #CIKGOOTUBE untuk sama-sama bantu murid dan guru Malaysia. Bantu menerusi penghasilan video-video PdPc yang setaraf kualiti TV InshaAllah.












Walaupun ada juga beberapa perkara tak dipersetujui awalnya, tetapi pada akhirnya banyak yang dipersepakati. Drama 100 episod CIP Master 1 dengan CIP Master 2. 😝
Siapa sangka inisiatif kecil yang kemudiannya bergerak jadi skala sebesar ini, dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui BSTP. Ke depan, siapa tahu apa lagi yang menanti. Semoga yang baik-baik saja.
Kepada rakan-rakan guru yang hebat, ayuh kita melangkah gagah ke persada dunia demi masa depan anak-anak kita! @ IPG Kampus Sultan Mizan

Catat Ulasan

0 Ulasan