About Me

Insaf Tengok Job Descriptions; Jom Kita Muhasabah Diri!

 Selesai kemas kini job descriptions di HRMIS, insaf saya untuk seketika. Terus ada banyak soalan bermain di minda.

"Sesuai kah gred aku sekarang, dengan kerja yang aku DAH buat, dan SEPATUTNYA aku buat?"
Jika dilihat pada job descriptions yang disediakan, ada beza yang jelas tanggungjawab antara setiap gred. Sesuai dengan pengalaman dan kepakaran yang sepatutnya dah berkembang.

DG41 - bantu laksana dan sokong
DG44 - laksana dan mula membimbing
DG48 - bimbing dan mula mengetuai
DG52 - dah tahap mengetuai dengan startegis
DG54 - tahap kepakarannya dah ditagih untuk khidmat nasihat


Maka tanya lah diri sendiri, jikalah gred tu diberi ikut kerja buat kita, LAYAK TAK kita terima kelebihan untuk gred sekarang nih? Ataupun, tahap DG41 pun sebenarnya kita blom capai lagi? 😟

Banyak-banyak lah kita buat refleksi kendiri, menilai mutu kerja kita, biar lah sepadan dengan apa yang kita perolehi. Jika sudah baik, kekal kan kualiti kerja. Jika belum baik, tingkatkan lagi usaha untuk jadi lebih baik.

Bak kata omputih, "with higher grade comes greater responsibilities.."

Maka pada akhirnya pilih lah, guru yang bagaimana kita mahu diingati suatu hari nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan