About Me

Pengajaran Akhir Dari Penantian 5 Tahun Global Teacher Prize 2020

 Bersesuaian dengan Awal Muharram hari esok, saya kongsikan pengajaran terakhir yang saya dapat daripada pengalaman 5 tahun misi bergelar Finalis Top 50 Global Teacher Prize.

Pengajaran ke-10 ini adalah perkara utama yang selalu saya kongsikan dalam banyak perkongsian inspirasi saya, iaitu BETULKAN NIAT.
Ya. Kadangkala dalam kita mengatur sesuatu, mudah sangat untuk kita tersasar. Terutamanya dari segi amalan. Berusaha untuk dapatkan rezeki dengan cara berdoa, solat hajat, solat Dhuha tak salah.
Yang salah, bila niat kita buat, demi 'sesuatu'. Hingga kadangkala kita sendiri pun rasa betapa kita buat satu amalan tu kerana nak benda saja. Macam tak ikhlas kan?





Maka betulkan semula niat, supaya buat apa-apa amalan kerana sebab yang lebih betul. Buat kerana tanda kita bersyukur atas nikmat Allah yang sudah tak terhingga untuk kita. Niat kerana tanda kita berterima kasih untuk apa yang dah dikurniakan kepada kita.
InshaaAllah Allah akan mudahkan dengan beri lebih banyak rezeki, sampai kita pon tak jangka. Tanpa kita sedar, semakin kita bersyukur dengan nikmat-Nya, maka semakin banyak pula kita akan di tambah nikmat.
Terima kasih untuk yang sudi follow 10 Pengajaran GTP 2020 saya. Yang belum boleh baca di blog. Semoga beroleh manfaat dari setiap perkongsian.
Oh ya, Selamat Tahun Baru Hijrah 1442! ❤️

Catat Ulasan

0 Ulasan