About Me

Pengajaran GTP 2020 - Always Believe In Yourself!

 Antara satu kekangan utama saya bila mula menceburkan diri dalam penyertaan antarabangsa adalah penguasaan Bahasa Inggeris saya yang terhad.

Menyedari kekurangan ini saya cuba baiki dari masa ke semasa supaya saya boleh bergerak lebih jauuuuh. Banyak orang di sekeliling, yang sentiasa menyokong. Termasuk yang selalu push untuk saya baiki Bahasa Inggeris saya, cik penyelaras KOMTEP, Siti Mariam Sulaiman

Di awal pembabitan saya, saya banyak gunakan khidmat rakan baik seperti Cikgu @arefe_cook dari SK Dato Tun Hussein Onn dan kembarnya Cikgu Azrul Afeze dari SMK Keladi untuk bantu proofread penulisan saya.

Lama kelamaan saya rasa, sampai bila saya nak terus terusan mengharap bantuan orang. Lagipun kadang-kadang saya rasa bila esei ditulis oleh orang lain, maksud asal macam tak sampai plak seperti yang saya hasrat kan.

Maka bermula tahun 2019 saya rasa dah tiba masa untuk saya buat untuk diri sendiri. Cantik tak cantik, tulis je. Alasan nya, hanya kita tahu apa kita buat dan cerita seluruhnya.

Alhamdulillah rezeki untuk ke luar negara masih ada. Yang program CERN tu 4 esei semua saya tulis sendiri. 1 program ke Austria yang postpone ke tahun depan sebab COVID-19 dan semestinya untuk 10 esei Global Teacher Prize 2020 juga!




Maksudnya depa paham lah jugak Bahasa Inggeris saya tulis tu! 😜

Kalau difikir macam tak logik. Macam tak percaya plak boleh dapat dengan tulisan kita sendiri. But trust me my dear, when you start to believe in yourself, magic will happen! 💕

#GTP2020 #pengajaranGTP09

Catat Ulasan

0 Ulasan