About Me

Pasukan #cikgooTUBE Bikin Bengkel Penghasilan Video: Terima Kasih Guru-Guru Kaunselor KV

Selesai Bengkel Penghasilan Video Untuk Kaunselor KV di IAB Genting bersama pasukan #cikgooTUBE. Terima kasih juga ruang kolaboratif pertama kali saya dengan BPLTV, melalui Encik Khairi, yang sangat inovatif.

Untuk bengkel nih saya bergandingan dengan Cikgu
EL Gamillo
,
Cikgu Romie
dan ketua pasukan, Encik
Mohd Azemi
dari BSTP. Bahagian saya tentu lah Penghasilan Video PdPc menggunakan smartphone.
Sempat juga peserta belajar dan praktik teknik mudah green screen guna aplikasi Kinemaster dan video dokumentasi program guna aplikasi Quik. Masing-masing excited sebab ada yang kali pertama belajar edit video, tapi tak sangka semudah ini.







Modal nak bikin video pon banyak selain daripada content kaunseling. Contoh dia macam kemenjadian murid KV dan inovasi KV yang sebenarnya sangat hebat, tapi masih perlukan lebih lagi exposure untuk masyarakat luar, termasuk Ibubapa.
Dan sebab sesuai dengan peranan kaunseling, maka tambahan slot istimewa saya bagi untuk mereka, iaitu Realiti Pendidikan Era Revolusi Industri Ke-4. Ternganga weyh tengok apa yang dah berlaku dan bakal berlaku sket je masa lagi. Mudahan perkongsian membantu untuk mereka sediakan murid KV dengan bakal pekerjaan dan kemahiran pada masa akan datang.
Majulah TVET untuk negara! @ IAB Genting

Catat Ulasan

0 Ulasan