About Me

Belajar Tentang Kestabilan Menggunakan (PBL)

Untuk tajuk Kestabilan, saya rancang supaya murid boleh belajar konsep stabil guna pendekatan PBL atau Project-based Learning (pembelajaran berasaskan projek)

Masuk je kelas, murid terus diberi bahan seperti botol dan lidi untuk hasilkan binaan yang paling stabil. Mereka kena design, dan create binaan tersebut dengan Kreatif dan paling stabil.

"Cikgu, binaan camana paling stabil?"

Saya minta murid rujuk buku teks, apa faktor yang boleh pengaruhi Kestabilan sesuatu binaan. Maka kat situ tahu lah depa bahawa luas tapak dan Pusat graviti mempengaruhi Kestabilan mereka.

Maka berlomba2 lah mereka mencipta binaan paling stabil dalam dunia dengan mempertimbangkan dua faktor tadi.

Video penuh kat sini https://youtu.be/JgxZUztoGq4





Selesai mencipta kita uji tengok. Murid dapat lihat dengan jelas binaan mana yang tumbang dulu. Serta Kaitkan dengan konsep Kestabilan.

Selepas ujian 1 dan 2, saya bagi peluang murid bentang dan kongsi dapatan mereka. Buat penambahbaikan serta kita uji pulak untuk kali terakhir. Agak2 berubah tak keputusan?

So pada akhirnya murid sendiri yang discover apa yang dia patut tahu tentang konsep Kestabilan. Bukan setakat tahu, malah dia dah siap apply lagi pengetahuan tu untuk siapkan tugasan dia.

Kemudian loceng berbunyi. Maka kami pun pulang ke rumah dengan gembiranya. Sekian.

#STEM #PBL #kestabilan @ Smk Jerlun

Catat Komen

0 Ulasan