Seronok rasanya bila dapat tengok rakan-rakan guru bersemangat datang Bilik HUB PAK21 nak belajar tingkatkan ilmu ICT masing-masing.
Seperti minggu lepas, konsep PLC dari kawan ke kawan (peer to peer sharing) lebih menyentuh qolbu rupanya. Ramai yang datang secara sukarela, tanpa sebarang paksaan.
Minggu nih masih pasal platform DELIMa, perkongsian oleh Cikgu Suharni, Guru ICT kami. Kita ansur maju ajar log in guna laptop dan mobile, pastu create class dan invite students. Alhamdulillah semua 25 orang yang hadir tu semua dah berjaya buat. Yang tak dapat hadir, kita akan approach secara personal lepas nih InshaAllah.
Masing-masing tak sabar nak belajar camana nak pelbagai kan bahan yang nak dikongsi kepada murid. So InshaAllah next week kita ajar plak pasal assessment dengan menggunakan aplikasi Google Form dan Quizziz. Satu satu. Ansur maju.
Takeaway yang saya dapat daripada PLC kali nih, jika cikgu-cikgu sedar apa Keperluan mereka terhadap sesuatu perkara, InshaAllah depa sendiri yang akan mai cari sendiri.
1 Ulasan
For hours and forget the time crunch fitness monthly price
BalasPadamand get ready to leap into the deadly adventure right now! If you are an adventurous person.