About Me

Cari Pengalaman dan Peluang Antarabangsa Menerusi 3rd Ki Hajar Dewantara Award

Sejak minggu lepas beberapa orang rakan guru dari serata Malaysia, ada menghubungi abam untuk info berkaitan Pertandingan Guru Sains Terbaik Asia Tenggara, atau lebih dikenali sebagai 3rd Ki Hajar Dewantara Award anjuran SEAMEO QITEP in Science, Indonesia.


Selaku alumni KHD tahun 2018, abam sangat lah mengalu-alukan penyertaan terbaik daripada rakan guru kita. Mana tahu wakil dari Malaysia nanti boleh muncul sebagai Johan, dan seterusnya dinobatkan sebagai Guru Sains Terbaik Asia Tenggara 2020. Hebat kan?


Cari Pengalaman dan Peluang Antarabangsa Menerusi 3rd Ki Hajar Dewantara Award
Cari Pengalaman dan Peluang Antarabangsa Menerusi 3rd Ki Hajar Dewantara Award


Abam share sket tips untuk yang nak apply bagi tahun nih.

1. Ketengahkan kreativiti pada inovasi / amalan terbaik anda dalam bidang STEM
2. Buktikan impak keberkesanan inovasi / amalan anda menerusi data research yang baik dan meyakinkan
3. Inovasi / amalan terbaik yang baik adalah yang mudah dan murah untuk direplikasi ke negara-negara lain juga dalam ASEAN


Untuk yang masih was-was nak join ke tak, abam nasihat kan cuba jer cari peluang. Sekurang-kurangnya, kita tahu apa yang kita kena tambahbaik pada kekurangan diri kita selepas ini.


Macam abam, lemah sungguh bab research nih. Jadi, pengalaman KHD ini memberi makna baru kepada abam untuk sambung belajar buat Master. I found the right REASON! Padahal sebelum tu takdek niat pon nak sambung belajar sebab trauma extend 3 semester masa wat degree... 😭😭😭




Selain daripada dapat pengalaman dan pendedahan di peringkat antarabangsa, abam galakkan juga korang apply untuk cari networking dalam kalangan guru-guru di serata #ASEAN. InshaAllah ada banyak benda boleh belajar daripada diorang.


Yang korang dok tengok abam update pasal webinar dengan Pak Guru dan Buk Guru di Indonesia tu, sebab networking dari Ki Hajar Dewantara nih lah!


OK, so abam ucapkan selamat maju jaya buat guru Malaysia yang berani mencuba. Dah terpilih nanti, pm abam yer untuk guide dari segi urusan ke luar negara dan persiapan Pertandingan. Kita bagi menang tahun nih ya! 😍

#KHD2020


P/S: Yang baru tahu dan berminat nak cuba, boleh lah hubungi JPN negeri masing-masing yer. Maaf, saya pon taktau camana prosedur pemilihan calon setiap negeri... ✌🏻

Catat Ulasan

0 Ulasan