About Me

Pendidikan Pasca Pandemik: Bila Negara Luar Buka Semula Sekolah?

BUKA SEKOLAH PASCA PANDEMIK

Untuk pengetahuan, sebenarnya dah banyak negara di dunia lebih awal lagi ambil langkah buka semula sekolah, meskipun kes COVID-19 di negara mereka masih tinggi.

Itali yang memang terkenal dengan kes yang tinggi pun dah mula buat persiapan untuk buka sekolah semula.



Meskipun guna pendekatan dan peraturan berbeza, namun dua aspek utama tetap diberi perhatian, iaitu soal keselamatan dan kesihatan. 

Di China sekolah dah bukak sejak 17 April, dengan peraturan wajib ambil suhu setiap hari dan penggunaan face mask.



Jerman pula dah sekolah sejak 21 April bagi semua murid usia 7 tahun ke atas. (kanak-kanak dan remaja dikatakan berisiko rendah untuk jangkitan)

Di Perancis pula sejak 11 Mei dengan face mask diwajibkan untuk semua murid yang berumur 11 tahun ke atas.

Australia juga sejak 15 Mei dah mula bersekolah balik dengan setiap murid perlu hadir sekolah 1 hari setiap minggu.

Denmark pula sejak 15 April dengan pembelajaran dilaksanakan di luar bilik darjah (tempat terbuka) untuk social distancing.



Norway juga sejak 20 April untuk budak tadika dan seminggu lepas tu untuk murid Gred 1 - 4.

Taiwan pula sejak 29 April, dengan amalan social distancing siap guna plastic partition lagi.

Jadi asas dia lebih kurang ada 3 perkara asas lah, iaitu ambil suhu, penggunaan face mask dan juga social distancing.



Untuk bacaan lanjut: 
1. https://www.theguardian.com/world/2020/may/01/children-as-likely-to-spread-coronavirus-as-adults-says-scientist
2. https://abcnews.go.com/International/schools-world-reopening-coronavirus-pandemic/story?id=70641371
3. https://www.businessinsider.com/photos-show-schools-reopening-around-the-world-coronavirus-2020-4?r=US&IR=T#germany-reopened-high-schools-on-april-20-to-high-school-seniors-6

Catat Ulasan

0 Ulasan