About Me

Garis Panduan Buka Semula Sekolah: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran [PdP]

Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa pada 4 Jun yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. Garis panduan tersebut boleh dimuatturun daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam artikel ini, saya fokuskan kepada bagaimana pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).


Garis Panduan Buka Semula Sekolah: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran [PdP]
Garis Panduan Buka Semula Sekolah: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran [PdP]


Maklumat mengenai Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) juga boleh dibaca pada mukasurat 13 hingga 15 bagi subtopik 6.4 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Dalam Garis panduan ini dijelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Pentadbir, Guru Yang Melaksanakan Pdp di Sekolah dan Guru Yang Melaksanakan Pdp di Rumah. 

Secara ringkasnya, Pdp akan berlaku pada 2 cara:
1. Pdp di sekolah (yang boleh datang sekolah)
2. Pdp di rumah (selain daripada di atas)


6.4.1 Pentadbir
Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi melancarkan pelaksanaan Pdp:

a. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan PdP
b. Menyusun jadual PdP dengan mengambil kira bilangan kelas yang beroperasi dan kesediaan guru serta murid. Guru yang tidak mengajar kelas peperiksaan turut dilibatkan
c. Melakukan semakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP
d. melaksanakan pemantauan PdP
e. memberikan bimbingan secara berfokus kepada guru untuk memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan


6.4.2 Guru Yang Melaksanakan PdP di Sekolah

a. merancang pelbagai kaedah penyampaian PdP yang bersesuaian. Kaedah Pdp yang boleh diterokai adalah seperti pembelajaran teradun (Blended Learning) iaitu gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan teknologi secara dalam talian
b. merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang akur kepada keperluan penjarakan sosial
c. memastikan semua PdP yang dilaksanakan tidak melibatkan aktiviti luar bilik darjah
d. memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingag ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan


6.4.3 Guru Yang Melaksanakan PdP di Rumah

a. mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian setempat
b. menggunakan kaedah Pdp yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam talian, TV Pendidikan, radio atau media sosial bagi murid yang bersedia untuk mengikuti kaedah pembelajaran tersebut
c. mengambil kira capaian internet, pemilikan serta keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian
d. memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak mempunyai akses Internet
e. melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan menggunakan sumber yang mudah didapati oleh murid sekiranya bersesuaian
f. menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah. Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak serahan yang diletakkan dalam pondok keselamatan untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa/ penjaga mengikut jadual yang ditetapkan
g. melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara dalam talian atau serahan tangan
h. melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolah bermula bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka secara dalam talian atau serahan tangan


Garis Panduan Buka Semula Sekolah: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran [PdP]


Semoga dengan perkongsian ini memberi maklumat lebih jelas tentang peranan yang boleh dimainkan oleh pihak pentadbir dan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut seperti Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. 




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Very best plus Most inexpensive Jabodetabek Individual Classes, our own personnel plus instructors are available to your dwelling, fixed your own analysis routine and will choose every industry associated with study ... visit https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-palmerah.html for more information

    BalasPadam
  2. You could will see a cheaper fee compared to the table above, be sure again in regards to the qualifications from the teacher / Kindergarten teacher recommended for your requirements ... for detail https://fisika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-fisika-di-tambora-temurah.html

    BalasPadam
  3. Is it time to set about a transformative language chance to learn? Take a look at Executive-Education.id's language you are studying course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers an alternative approach to language acquisition. Explore the best thing about a brand new language, broaden your horizons, and acquire a competitive edge in today's interconnected world. Tap https://kursus-turki.github.io/kursus-bahasa-turki-duren-sawit.html for more.

    BalasPadam