About Me

Webinar Pembelajaran Fasa PKP dengan Bakal Pendidik UUM

WEBINAR UNTUK BAKAL PENDIDIK

Terima kasih atas inisiatif mahasiswa Persatuan Pengurusan Pendidikan UUM untuk anjuran webinar Pembelajaran Alam Maya pagi tadi.

Walaupun baru Sem 4 dan Sem 6, tapi semangat diorang nak belajar dari guru di lapangan adalah sangat saya respek. Bakal guru ini sejak Januari dah approach saya untuk sesi ceramah di UUM, tapi penangan PKP memberi dimensi baharu kepada perkongsian ini.




Antara yang kami bincangkan tadi adalah bagaimana blog pendidikan dan YouTube memainkan peranan semasa PKP, dengan cabaran dan kekangan yang perlu kita sama-sama atasi.




Kesediaan untuk remote learning nih juga dibincangkan dari sudut Kesediaan murid, ibu bapa dan juga guru dalam memilih kaedah terbaik, dengan tahap yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan murid.

Yang tak sempat join boleh View kat https://youtu.be/PVWA4W1z3DY





Terima kasih lagi sekali untuk Izzat, Nadiah dan juga Syafiqah untuk melayan saya di ruangan StreamYard selama sejam. Nanti habis PKP, kita rancang untuk perkongsian depan-depan pulak ya! ❤️

Catat Ulasan

0 Ulasan