About Me

Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?

Amalan bekerjasama dalam kelas sesama guru adalah merupakan satu amalan PLC yang sangat baik dalam meningkatkan profesionalisme guru. Melalui pengalaman saya juga dalam melaksanakan pair teaching atau co teaching, ternyata kaedah ini dapat meningkatkan kualiti kedua-dua guru yang terlibat. Sebelum kita tengok lebih lanjut jenis model dan cabarannya, jom kita faham dulu apa sebenarnya pair teaching atau co-teaching ini.


Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?
Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?



APA ITU PAIR TEACHING / CO-TEACHING?
Istilah yang banyak dan hampir serupa digunakan kadangkala menimbulkan banyak kekeliruan. Pada saya secara peribadi, yang pentingnya adalah bagaimana kaedah itu dapat dilaksanakan itu jauh lebih penting untuk dibicarakan berbanding nama, atau term yang sesuai nak digunakan.


Cukup lah sekadar kita mensepakati bahawa tujuan yang bagaimana seperti yang nak dihasratkan melalui kaedah pair teaching ini. Mengikut slide yang saya jumpa di carian Internet, ini yang dimaksudkan dengan Pair Teaching.


Definisi untuk Pair Teaching
Rujukan: https://www.slideshare.net/NivesTorresi/teaching-in-pairs-by-sdixon-ntorresi


Satu lagi istilah yang sering dikaitkan dengan aktiviti ini adalah Team Teaching. Jadi, Ini pula beza di antara Team Teaching dan Co-Teaching.

"In Team Teaching, two teachers share the accountability for two separate groups of students. However, in Co-teaching, two teachers share the accountability for the teaching one single group of students."

Rujukan: https://www.researchgate.net/post/What_are_the_differences_between_team_teaching_and_co-teaching



JENIS MODEL PAIR TEACHING / CO-TEACHING 
Ada banyak model yang diperkenalkan untuk pengajaran secara berpasangan ini. Namun antara yang dicadangkan adalah 6 jenis model ini. Jenis model ini sebenarnya membantu



Jenis model Pair Teaching / Co Teaching
Jenis model Pair Teaching / Co Teaching


ONE TEACH, ONE DRIFT
Seorang guru akan mengajar, manakala seorang lagi akan bergerak dari murid ke murid lain untuk membimbing

TEAM TEACHING
Kedua-dua guru mengajar murid pada masa yang sama. Juga dikenali sebagai Tag Team Teaching

PARALLEL TEACHING
Kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan, dan setiap guru akan mengajar maklumat yang sama pada masa yang sama


ALTERNATIVE TEACHING
Seorang guru akan ajar kumpulan utama, manakala seorang lagi guru akan ajar kumpulan kecil berdasarkan tahap keperluan

ONE TEACH, ONE OBSERVE
Seorang guru akan akan mengajar murid, manakala seorang guru lagi memerhati murid bagi tujuan mencari evidens pembelajaran

STATION TEACHING
Setiap guru akan ajar kandungan pembelajaran yang spesifik pada satu kumpulan, dan kemudian murid akan bertukar ke stesen lain untuk kandungan yang berbeza



PENGALAMAN MELAKSANAKAN PAIR TEACHING
Untuk tahun 2019, saya berkesempatan nak laksanakan 2 kali Pair Teaching bersama Ketua Panitia Sains saya, iaitu Cikgu Zakiah. Bila saya reflek semula, antara yang memudahkan urusan kami untuk Pair Teaching adalah masa mengajar yang tak sama. Maka masa free saya, bolehlah saya terus join kelas Cikgu Zakiah.

Sebab tak nak bagi tekanan kepada beliau maka saya biasanya akan join selepas beliau dah jalankan PdPc, terutamanya masa fasa aktiviti. 


KALI PERTAMA
Kali pertama adalah pada 16 Januari 2019 adalah bagi eksperimen doh roti. Pendekatan yang kami pilih adalah One Teach, One Observe. Cikgu Zakiah akan terangkan dan jalankan eksperimen, saya pula bahagian akhir membimbing murid untuk menulis laporan eksperimen. 


Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?

Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?

Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?


Sebab ini kali pertama, jadi ada beberapa perkara yang saya dapat belajar iaitu:
1. bersikap terbuka dan bersedia menerima ilmu baharu dengan niat sama-sama nak baiki diri
2. kena ingat, sentiasa ada ruang ilmu untuk dipelajari oleh kedua-dua pihak
3. pentadbir boleh galakkan lagi sesi sebegini dengan susun jadual kelas dengan lebih baik


KALI KEDUA
Kali kedua pula adalah pada 24 Jun 2019, dengan kali ini bagi eksperimen pita detik. Antara perkara yang saya belajar pada kali ini adalah keterbukaan kedua-dua guru yang terlibat adalah sangat penting. Apatah lagi ramai pula daripada kita yang lebih selesa tidak membuka kelas kita kepada orang lain. Dan keterbukaan ini datangnya daripada pendekatan yang menyelesakan. Selesa dengan tindakan kita sebelum, semasa dan selepas. Dan juga selesa kerana ini bukan pengalaman kali pertama. 



Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?

Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?

Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?


Secara peribadinya saya merasakan memang pendekatan secara Pair Teaching ini sangatlah membantu dalam meningkatkan profesionalisme saya sebagai guru. Seperti yang saya katakan bahawa sentiasa ada ruang untuk saya belajar daripada rakan saya. Namun juga cabarannya adalah keselesaan rakan guru yang mahu dilibatkan sebab tak semua bersedia nak berkongsi amalan bilik darjah mereka dengan orang luar. 

Maka di sini saya nampak peranan pentadbir dalam memudahkan urusan guru-guru berkemahiran dan berkepakaran dalam berkongsikan juga amalan terbaik mereka dengan rakan guru di sekolah sekali gus memberi impak bersama kepada kemenjadian murid.


Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?

Pair Teaching atau Co-Teaching: Jenis Model dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru?


Dengan kefahaman guru yang lebih baik tentang hasrat yang dimahukan daripada Pair Teaching ini, serta dibantu dengan sokongan daripada pentadbir sekolah, maka hasilnya pastilah akan menguntungkan murid.

Untuk yang berhasrat nak jadikan Pair Teaching sebagai amalan bersama dalam meningkatkan kualiti guru, selamat maju jaya saya ucapkan!


Rujukan:
1. https://www.edutopia.org/article/how-choose-co-teaching-model
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Co-teaching

Catat Komen

0 Ulasan