About Me

Bugar Amalan PAK21 di SJKC. Terima Kasih SJKC Chee Nan!

Selasa petang saya menerima jemputan daripada sebuah sekolah SJKC yang terletak lebih kurang 1km saja dari sekolah. Guru Besarnya, Puan Lai Ho Teian mahukan saya berkongsi pembudayaan PAK21 di sekolah dengan guru-guru nya, yang seramai 6 orang. Sekolah SKM.
Rupanya jemputan perkongsian PAK21 daripada SJKC Chee Nan tuh telah di panjang kan kepada kesemua 8 SJKC yang ada dalam daerah Kubang Pasu. Jadi seramai 40 orang guru, termasuk beberapa Guru Besar juga hadir untuk ceramah pembugaran semula PAK21.
Memandangkan murid-murid kami dari sekitar latar yang sama, maka lebih mudah mereka memahami situasi dan cabaran yang kami lalui.




Alhamdulillah mereka juga gembira dapat lihat bagaimana pelaksanaan PAK21 yang betul dan meaningful, pasti akan memberikan impak besar pada kemenjadian murid, termasuk pencapaian akademik. Dan kami dah buktikannya di SMK Jerlun!
Saya juga sempat offer untuk guru-guru yang hadir, jika berminat dengan laluan Guru Cemerlang, boleh lah hubungi saya untuk saya kongsi tips dan bimbingan. Kita sama-sama Cemerlang OK!

Catat Komen

0 Ulasan