About Me

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk CPR dan Heimlich Manoeuvre

Alhamdulillah selesai juga misi saya nak membawa pakar yang betul untuk beri tunjuk ajar bagi teknik Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre yng betul. Topik baharu dalam KSSM Sains Tingkatan 4 nih merupakan tajuk yang menarik, tapi perlu kemahiran.

Saya sendiri pun tak pernah ikuti kursus Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) atau Heimlich Manoeuvre. Maka pilihan yang tepat, tentu lah memanggil mereka yang pakar. Sekurang kurang nya dah ada satu kolaboratif baik antara pihak sekolah dengan agensi setempat.


Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre
Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk CPR dan Heimlich Manoeuvre



Langkah 1
Sebaik saja saya rasa idea ini perlu direalisasikan, maka saya terus hubungi nombor telefon Klinik Kesihatan yang terdekat, Klinik Kesihatan Ayer Hitam. Selepas menyatakan hasrat untuk memanggil mereka ke sekolah, pegawai yang menyambut panggilan memaklumkan saya prosedur yang betul.

Iaitu saya cuma perlu hantar surat ke Pejabat Kesihatan Daerah di Jitra. Nanti dari sana, Pejabat Kesihatan Daerah akan beri Arahan untuk klinik kesihatan berdekatan hantar kepakaran.
 


Langkah 2
Jadi saya terus buat surat jemputan untuk perkongsian kepakaran dan dinyatakan dengan khusus KLINIK kesihatan Ayer Hitam. Tapi sebenarnya kalau tak sebut pun, diorang akan hantar Klinik Kesihatan yang terdekat dah.

Boleh tengok contoh surat panggilan seperti di bawah



                                    DOWNLOAD CONTOH SURAT JEMPUTAN


Surat kemudian difax ke Pejabat Kesihatan Daerah Jitra. Biasanya dalam 2 ke 3 hari anda akan dapat balik feedback. Diorang akan call dan bincang apa Keperluan dan kehendak. Nanti cikgu bagitau lah benda nih ada dalam syllabus dan perlukan Khidmat diorang.

Kalau boleh juga hantar lah surat awal sket, 2 minggu awal ke, supaya mereka pun dapat buat persediaan lebih rapi. Tak semua klinik kesihatan ada Alat, patung bagai tu semua.



Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre


Oh ya saya juga di maklumkan, biasanya kepakaran sebegini kita juga boleh mohon terus dengan Hospital Besar, sebab depa memang ada unit khas untuk bantuan kecemasan.

Kekangan klinik kesihatan nih sebab diorang kecik dan ada sikit kakitangan. Nak menjaga di Klinik pun tak sempat, apatah lagi nak mai bantu camnih. Jadi kalau anda nak selamat, terus buat surat ke Hospital Besar. Pun OK.


Langkah 3
Bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar maka saya siapkan sket kertas kerja Ringkas. Dalam tu ada maklumat Asas seperti objektif, kumpulan sasaran dan Pengisian.

Contoh kertas kerja ada kat bawah nih.


DOWNLOAD CONTOH KERTAS KERJA BENGKEL CPR & HEIMLICH MANOEUVRE


Selaku penyelaras Tingkatan 4, saya berhasrat nak libatkan semua murid Tingkatan 4, seramai 78 orang. Lagipun idea ini mendapat persetujuan daripada seorang lagi guru sains iaitu cikgu Zakiah, merangkap Ketua Panitia Sains.

Namun selepas berbincang dengan Pengetua, kami sepakat menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti Panitia Sains dengan menjadikan ini sebagai Bengkel PdPc STEM: Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Heimlich Manoeuvre.


Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre




Win win situation sebab terus jadi program Panitia Sains, program penyelaras Tingkatan 4 dan juga PLC untuk guru sains dan pembantu makmal. Best tak? Buat satu program, dapat 3 benda. Yeayyy!


Langkah 4
Hari kejadian, maka set lah tempat ikut seperti yang kita nak. Hasil perbincangan saya dengan pasukan daripada Klinik Kesihatan Ayer Hitam, mereka nak 20 minit sesi perkongsian, dan 1 jam 30 minit untuk sesi demonstrasi dan hands on.

Untuk di sekolah saya, 3 stesen disediakan
1. Stesen Heimlich Manoeuvre
2. Stesen Tercekik
3. Stesen Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

Murid pula dibahagikan kepada 2 kumpulan besar ikut jantina. Kumpulan lelaki diberi peluang dulu untuk ke stesen dengan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil lagi. Satu kumpulan dalam 8 hingga 10 orang.




Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre


Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre


Manakala kumpulan perempuan pulak teruskan dengan sesi tontonan video kejadian sebenar yang memerlukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR). Dan selesai semua, baru lah kemudian tukar giliran.

Terima kasih juga saya nak dedikasikan buat Klinik Kesihatan Ayer Hitam yang sudi hantar pegawai datang berkongsi ilmu dengan anak anak Jerlun. Tabik spring buat;

1. Dr Muhammad Ali bin Abdul Razak
2. Haji Mohd Fadzil bin Man
3. Cik Saodah Binti Ahmad
4. Encik Mohd Ikhwan





Simple kan? Ya itu lah proses camna nak jemput Klinik kesihatan datang buat perkongsian di sekolah tentang bantuan kecemasan seperti Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre.

Kalau cikgu ada kepakaran mungkin boleh buat sendiri. Tapi untuk saya yang tak reti nih, ini lah peluang nak bawa orang luar datang buat perkongsian. Lagipun boring Budak Budak nih dok asyik kena menghadap muka saya saja. Sekali sekala buat aktiviti camnih tentu diorang suka.


Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre


Oh ya. Untuk bengkel saya ini juga, supaya Budak tak melangut saja dengar dan tengok pastu lupa, maka saya sediakan handout untuk mereka isi sepanjang ceramah dan aktiviti berlangsung. Baru lah ada makna dan dia bagi tumpuan sket kan?




                                   DOWNLOAD HANDOUT EDARAN KEPADA MURID


Ringkas Ringkas saja handout tu sebab taknak tugasan tu kacau mereka enjoy pengalaman. Dan dah siap, handout tu terus jadi bahan nota yang mereka boleh tampal dalam buku nota. Senang kan?


Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre

Prosedur Jemput Klinik Kesihatan Untuk Resusitasi Kardiopulmonari CPR dan Heimlich Manoeuvre


OK semoga perkongsian ini membantu semua guru sains kat Malaysia nih dalam melakukan aktiviti yang menarik di sekolah. Yang paling penting, aktiviti seumpama ini boleh menarik minat murid untuk lebih jatuh cinta dengan matapelajaran Sains. Tak percaya? Cubalah!

Catat Ulasan

3 Ulasan