About Me

Majalah Sulung Sekolah, Selepas 6 Tahun Penantian

Sebenarnya rasa sangat bangga bila menjadi sebahagian daripada pasukan yang menyiapkan majalah sulong sekolah, JUARA.
Sejak sekolah ditubuhkan bermula tahun 2014, bertukar 3 kali Pengetua, alhamdulillah berjaya juga hasrat yang tertangguh ini disiapkan.
Diberi tanggungjawab selaku Ketua Editor, mujor lah saya banyak di bantu oleh Penyelaras, Cikgu Noor Laila yang juga Guru Kanan Bahasa. Guru Kanan yang paling banyak, saya ada kerja dengannya. Juga penolong Ketua Editor, Cikgu Sholehah untuk usaha cari penaja dan kumpul kejayaan sekolah.

Majalah Sulung Sekolah, Selepas 6 Tahun Penantian
Majalah Sulung Sekolah, Selepas 6 Tahun Penantian


Bermula dari scratch kumpul semula cerita, maklumat dan gambar sekolah untuk diabadikan sebagai bahan sejarah, semua yang pernah terlibat, tahu bagaimana kerja rencamnya. Mujor lah ramai rakan-rakan guru yang membantu.
Juga semua guru dan murid yang menyokong penghasilan majalah sekolah ini melalui belian sebanyak RM17. Full colour lagi. Team majalah termasuk Ketua Editor pun bayar tau sebab nak pastikan majalah sekolah ini terhasil.

Meskipun nama nama ini tak disebut masa pelancaran majalah, tapi saya percaya hasil usaha kami terzahir melalui sejarah yang tercipta, pasukan majalah Sekolah yang pertama.
Alhamdulillah sebab semua tugas telah dilaksanakan dengan semporna, maka atas kepercayaan pentadbir bahawa semua guru juga berkebolehan menghasilkan majalah, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ketua Editor Majalah Sekolah. Sekian, terima kasih!

Catat Ulasan

0 Ulasan