About Me

Restoran Atas Menara Alor Star. Dinner Special Untuk Orang Special!

Malam tadi sempat meraikan kehadiran orang jauh, Cg Hasan sekeluarga ke Kedah. Cg Hasan nih merupakan PK HEM di sekolah lama saya, SMK Luar Bandar No. 1 Sibu, Sarawak.

Bila ada rezeki jumpa di Kedah nih, maka saya bawa beliau makan di Restoran @starsky_restaurant_menara Menara Alor Star. Tempat special, untuk orang yang special macam Cg Hasan.
Sepanjang 8 tahun masa di Sarawak, Cg Hasan nih lah yang macam bapa dan macam abang tempat saya dan rakan mengadu nasib dan masalah. Setiap kali raya Haji juga, sebab tak balik Semenanjung, maka rumah beliau lah yang kami wajib kunjung, lagipun sedara mara lain takdek.

Restoran Atas Menara Alor Star. Dinner Special Untuk Orang Special!


Restoran Atas Menara Alor Star. Dinner Special Untuk Orang Special!

Restoran Atas Menara Alor Star. Dinner Special Untuk Orang Special!

Restoran Atas Menara Alor Star. Dinner Special Untuk Orang Special!


Naik percuma, jika anda nak makan kat restoran pelantar yang berpusing kat Tingkat 4 atas tu. Boleh terus walk in. Cumanya servis agak lambat, walaupun orang tak ramai, dan makanan pun simple saja decoration nya.
Harga tu bagi saya sepadan lah dengan konsep makan atas kayangan. Boleh tengok view malam Bandaraya Alor Setar dengan limpahan cahaya neon yang cantik. Suatu pengalaman yang menarik jugak lah.
Untuk Cg Hasan dan Kak Maria Arip sekeluarga, saya doakan semoga sehat-sehat selalu hendakNya. Percaya lah, saya dan rakan-rakan sangat terhutang budi pada jasa baik Cg Hasan. Semoga Allah jua lah yang balas segala kebaikan. Terima kasih Cg Hasan!
#menaraalorsetar @ Starsky Restaurant & Lounge

Catat Komen

0 Ulasan