About Me

Bila Dah Banyak Sangat Anugerah dan Gelaran Untuk Cikgu; Awak Rasa?

Tahun 2019 ini saya gelarkan sebagai Tahun Anugerah Untuk Cikgu-Cikgu. Ya! Banyak sangat kot anugerah dan gelaran superhero adiwira duta bagai yang diberi kepada para guru kita pada tahun ini. Mungkin ini juga berpunca daripada hasrat Menteri Pendidikan Kita, Dr Maszlee Malik yang mahu imej guru dilihat semula sebagai Adiwira / Superhero / Duta kepada masyarakat dalam usaha mengangkat kembali profesion suci ini. 


 
Bila Dah Banyak Sangat Anugerah dan Gelaran Untuk Cikgu; Awak Rasa?
Bila Dah Banyak Sangat Anugerah dan Gelaran Untuk Cikgu; Awak Rasa?



Ini sesuai dengan dapatan daripada beberapa negara luar dengan sistem pendidikan dalam kalangan yang terbaik di dunia seperti Finland, Korea dan Jepun. Guru-guru di negara ini sangat dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebagai contoh gelaran guru di Korea, iaitu Seon saeng nim (선생님) juga digunakan kepada doktor, pensyarah, dan para profesional yang lain. Ini sekaligus meletakkan guru sebaris dengan kerja-kerja pada strata yang paling tinggi.


Di negara kita juga suatu ketika dahulu, terutamanya pada zaman 60-an, 70-an, imej guru sangat dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat. Mereka selalu menjadi tempat utama rujukan masyarakat dan komuniti, setaraf dengan ketua-ketua masyarakat yang boleh bertindak sebagai problem solver. Malah kepercayaan masyarakat pada tahap integriti dan tanggungjawab yang tinggi tersebut, ramai kalangan guru yang diangkat sehingga menjadi Yang Berhormat dan ahli politik pada zaman tersebut.

Terkini, melalui satu survey Global Teacher Index yang dijalankan oleh pihak Varkey Foundation pada tahun 2018, mendapati guru-guru di Malaysia mendapat tempat kedudukan KEDUA dalam kajian yang berkaitan dengan tajuk "Where are Teachers Most Valued?"


Guru Malaysia di tangga kedua dalam Global Teacher Status Index 2018


Jadi sebelum kita bincangkan lebih lanjut pro and cons bila dah banyak sangat anugerah dan gelaran nih, jom saya senaraikan beberapa pengiktirafan guru tersebut. Saya jelaskan juga bagaimana cara pemilihan apa untuk apa tujuan gelaran dan anugerah tersebut.



GURU ADIWIRA PAK21
10 orang guru pelbagai subjek yang mendapat kedudukan Top 10 bagi pertandingan amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) anjuran PADU Education. Bermula 2020, pihak yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini adalah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).


10 Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU Education
10 Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU Education


GURU ADIWIRA KEBANGSAAN
16 orang guru yang mewakili setiap negeri di Malaysia, dipilih oleh JPN masing-masing atas kriteria yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Ini meliputi kisah kejayaan, sumbangan, pencapaian dan sikap yang dipamerkan. Majlis penganugerahan disampaikan semasa sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang.


Guru Adiwira Kebangsaan 2019
Guru Adiwira Kebangsaan 2019



GURU INSPIRASI MCDONALDS
25 orang guru dengan yang dicalonkan kisah dan kenangannya oleh murid, rakan guru atau kenalan bersempena dengan Hari Guru 2019. Anugerah Guru Inspirasi McDonalds ini telah berlangsung sejak tahun 2017.


Anugerah Guru McDonalds 2019



DUTA GURU NADI NEGARA
30 orang guru yang terdiri daripada kombinasi 16 Guru Adiwira Kebangsaan dan 14 guru Influencers media sosial bagi satu sesi jerayawara mengangkat martabat guru di seluruh negara.


Duta Guru Nadi Negara




25 IKON PENDIDIKAN
25 orang guru 'berprestasi tinggi' yang dijemput bagi satu sesi pertemuan khas bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin bin Senin. Pertemuan diuruskan oleh Pusat STEM Negara, Dr Ihsan Ismail dan pasukan. Juga disertai oleh pasukan daripada Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan.


25 Ikon Pendidikan Bagi Sesi Temu KPPM


100 orang guru yang menyertai pertandingan amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) anjuran PADU Education dan mendapat tempat kedudukan Top 100 dipertemukan bagi sesi perkonhgsian dengan harapan menjadi agen perubahan kepada pendidikan di Malaysia. Diuruskan oleh PADU Education pada November 2019. 
 
Edufluencer oleh PADU Education
 
 
DUTA GURU PETRONAS
150 orang guru majoritinya berkaitan STEM yang dipilih untuk menjadi catalyst perubahan pendidikan di peringkat daerah dan negeri dalam amalan terbaik bilik darjah. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Pendiidkan Malaysia melalui Pusat STEM Negara, Yayasan Petronas dan juga dibantu oleh Teach For Malaysia.  

 
Duta Guru Petronas
 
 
 
Pasukan guru-guru yang aktif berkongsikan amalan terbaik mereka menerusi penghasilan video pdpc di Youtube. Inisiatif ini diuruskan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP). Antara pasukan jurulatih utama dalam pasukan cikgooTUBE ini adalah Cikgu Romie, Cikgu Hailmi dan Cikgu Razif yang telah menganjurkan lebih 15 bengkel kepada lebih 500 orang guru sekitar November dan Disember 2019. 


Pasukan pertama cikgooTUBE menerusi bengkel di BTPN Perak


Secara jujurnya saya melihat pengiktirafan seumpama ini memang merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam mengangkat kembali martabat guru di mata masyarakat. Saya perhatikan juga bila ada penghargaan dan pengiktirafan seperti ini, maka lebih ramai guru yang berani tampil berkongsi dan mahu ambil tahu tentang apa yang sedang trending di dunia pendidikan. 

Malah pengiktirafan dan anugerah ini juga boleh jadi motivasi dan inspirasi kepada guru lain untuk juga buat kerja dengan konsisten supaya lebih bersemangat dalam mendidik. 
 
 
 
Malangnya satu lagi sisi, saya melihat dengan adanya banyak sangat pengiktirafan seperti ini, boleh menjadikan sesuatu anugerah itu kurang bernilai. Bak kata orang, ramai sangat dapat, hilang sifat exclusivenya. Kadang-kadang sifat pengiktirafan dan anugerah yang kurang jelas objektifnya, menyebabkan ramai pula yang mempertikaikan kenapa dia nih yang dapat, bukan dia nih. 
 
 
Ingat tak orang cakap, USAHA tangga KEJAYAAN. Yeah, its true!
Ingat tak orang cakap, USAHA tangga KEJAYAAN. Yeah, its true!
 
 
Malah jangan tak tahu, ada segelintir yang juga mula bekerja untuk anugerah. Yang sampai sanggup keluar duit beribu untuk "beli" anugerah pun ada! Yang mana pada saya, itu adalah sangat tak betul. Dah lari niat. Mereka tak sedar, bahawa ramai yang diberi anugerah sebelum ini, adalah kerana atas kerja buat mereka yang dah bertahun-tahun. Passion!
 
Itu kena faham. Janganlah kita kerja kerana untuk kejar anugerah. Sebaliknya kerja lah sampai diberi anugerah!
 
Bagi yang menganjur dan memberi gelaran guru ini juga, pada pendapat saya syarat pertandinagn dan pengiktirafan juga perlu dimurnikan lagi. Biar orang jelas, untuk tujuan apa, dan bagaimana syarat untuk seseorang guru itu terpilih. Tidak lah nanti dipertikaikan orang, kenapa dan mengapa. 
 
 
Satu lagi cadangan saya adalah, perlu ada kesinambungan daripada apa setiap penghargaan dan pengiktirafan tersebut supaya yang menerima anugerah ini boleh terus menyumbang dan menginpirasikan guru-guru lain. Baru lah guru-guru lain ada rasa nak jadi camtu jugak.

Kesimpulannya pesan saya, berhati-hatilah dalam kita mengejar apa pun. Salah kita melangkah, tersungkur nanti mungkin dah susah nak bangun balik. Sentiasa lah juga jaga niat, jaga niat dan jaga niat. Semoga juga usaha kita semua dipermudahkan. Amin!

Catat Komen

2 Ulasan