About Me

Tanah Melayu Kembali Bertanjak: Segaknya Tanjak Anderi Guru Selebu!

Hari nih, bersempena dengan Hari Malaysia ada kempen 'Tanah Melayu Kembali Bertanjak'. So abam support sebab mujor lah jugak ada kempen-Kempen dan gerakan yang camni. Kalu idak, memang tak kenai ler jawabnya tanjak nih camna.


Segaknya Tanjak Anderi Guru Selebu!
Segaknya Tanjak Anderi Guru Selebu!

Sempat juga belajar sket-sket cara pakai dan jenis-jenis lipatan #tanjak. Kalau Raja pakainya ke sebelah kanan. Yang Rakyat marhaen ke sebelah kiri. Jenis lipatan nih pulak banyak dan berbeza ikut tempat. Tanjak yang abam pakai nih lipatan dia nama Anderi Guru Selebu.


TANJAK ANDERIGURU SELEBU

Anderiguru bermaksud kepala dalam tentera atau berpangkat hulubalang. Setiap hulubalang mempunyai askar bawahan sendiri. Selebu bermaksud lautan yang mempunyai ombak besar yang hanya boleh direntasi dengan menggunakan kapal te
ntera yang besar. Anderiguru Selebu bermaksud seorang yang mempunyai kuasa tentera dan mengetuai satu armada tentera laut yang besar.

Credit: Destar Alam Melayu, Dr Johan Iskandar


Tanah Melayu Kembali Bertanjak
Tanah Melayu Kembali Bertanjak
 
Tq juga Cg Azri Elias yang sempat siapkan tanjak nih walaupun abam request last minute sangat. Servis baek punya. Terserlah kehenseman abam! 🤣🤣🤣
 
#kembalibertanjak #warisan #budayakita #tanjak #anderiguruselebu #berdirisendiri


Catat Komen

0 Ulasan