About Me

Pertandingan Inovasi Pendidikan UUM 2019

Berkesempatan untuk ke Pertandingan Inovasi Pendidikan UUM pada hari ini menemukan saya dengan ramai guru-guru hebat, sifu-sifu dan mereka-mereka yang cukup passion dengan kerja buat sebagai guru dan innovator.

Kalau tak, masakan lah semuanya yang saya jumpa, ghairah nak cerita kan apa #inovasi masing masing, sampai saya terlewat untuk sesi temujanji seterusnya.

Pertandingan Inovasi Pendidikan UUM 2019









Tahniah sangat! Saya puji semua semangat guru-guru kita yang tak pernah jemu memikir nak tambahbaik amalan PdPc, demi kebaikan anak murid. 

Saya juga doakan supaya urusan mereka, baik di rumah mahupun di sekolah, dipermudahkan Allah. Sebab dalam kita nak berjaya dan jadi orang hebat nih, banyak faktor di sekeliling juga membantu untuk kita pergi sejauh mana.

Ada orang #hebat, tapi sekeliling tak membantu, maka tidak lah dia pergi ke mana. Ada orang biasa biasa, tapi sekeliling sangat membantu, maka dia jadi #luarbiasa.

Buat yang tertanya kenapa abam tak join sangat benda benda inovasi nih, abam ada reason yang tersendiri. Walaupun sebenarnya abam dah ada bahan inovasi yang sedia untuk dijual, tapi abam 'tangguhkan' sebentar misi dalam inovasi, sebab tunggu masa yang lebih sesuai.

Abam percaya, orang jadi #berjaya nih, kerana dia berada pada TEMPAT yang betul, dan pada MASA yang betul.

Awak setuju tak? @ Dewan Muadzam Syah Uum





Catat Komen

0 Ulasan