About Me

Persediaan Sebelum ke Program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva

Berbeza sikit dengan program-program antarabangsa yang saya join sebelum nih, program Guru Antarabangsa di CERN, Geneva nih banyak sket nak kena uruskan sendiri. Bermula dari tiket flight hinggalah ke urusan lain, semuanya saya kena cakna. Maka saya sediakan satu senarai perkara yang perlu saya senaraikan bagi memudahkan urusan saya nanti. Boleh baca kat bawah, mana tahu boleh bantu anda untuk travel ke Paris atau Geneva suatu hari nanti juga!




01. Kelulusan KPM
Oleh kerana program High School Teacher 2019 ini akan berlangsung pada waktu sekolah, iaitu 7 hingga 20 Julai, maka semestinya lah saya kena dapatkan kelulusan daripada KPM. Bukan mohon cuti yer. Sebab kita pergi untuk menghadiri kursus. So namanya, "Kelulusan Menghadiri Kursus Luar Negara" yang diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru. 


Kemain happy budak-budak nih bila cikgu dia nak pergi Geneva 2 minggu
Kemain happy budak-budak nih bila cikgu dia nak pergi Geneva 2 minggu

Alhamdulillah, surat kelulusan KPM tersebut saya uruskan 2 bulan awal. Dan disebabkan semuanya ditanggung oleh pihak CERN, maka lebih mudah urusan tersebut. Saya dapat surat kelulusan tersebut pada akhir bulan Jun. Terima kasih tak terhingga buat pihak BPG! 

Artikel penuh untuk guru-guru yang juga perlukan panduan untuk tujuan tersebut, boleh lah pergi baca kat 3 Prosedur Wajib Untuk Hadir Kursus Luar Negara. Memang lengkap abam tulis.

02. Tiket Penerbangan
Tak seperti yang pergi ke HESA 2018 di Amerika Syarikat, kali ini saya kena uruskan sendiri tiket penerbangan pergi dan balik. Kos semuanya boleh diclaim semula di sana semasa kursus nanti. Mungkin nak elak daripada mereka tanggung kerugian bagi kes yang tak dapat datang last minute. 

Tempah tiket penerbangan mudah dengan SkyScanner.com
Tempah tiket penerbangan mudah dengan SkyScanner.com

So saya cuba cari route yang terbaik dan termurah untuk saya gunakan. Off course lah, skyscanner.com menjadi pilihan sebab ada option daripada pelbagai jenis penerbangan. Senang nak compare terus route dan masa, serta harga. 

Akhirnya saya pilih laluan dari Kuala Lumpur ke Paris de Gaulle untuk pergi dengan menggunakan Vietnam Airlines, dan untuk balik pulak dari Geneva ke Kuala Lumpur dengan menggunakan Qatar Airways. Dari Paris ke Geneva, saya merancang untuk gunakan tren memandangkan masa perjalanan tu tak kalut sangat. Lagipun, nak lah jugak rasa pengalaman naik tren, menikmati keindahan semula jadi bumi Perancis!



03. Aplikasi Rome2Rio

Atas nasihat Cikgu Radzif, rakan saya yang cukup suka travel, maka saya install aplikasi fon Rome2Rio. Apps nih sangat lah bagus dalam nak membantu orang travel untuk pilih jenis pengangkutan yang sesuai. Pun sama, siap dengan harga. So yang nak travel bajet tu, dah boleh terus agak berapa nak spend kat sini. 


Aplikasi Rome2Rio sangat membantu saya mengatur perjalanan di Paris
Aplikasi Rome2Rio sangat membantu saya mengatur perjalanan di Paris

Yang lagi penting, apps nih boleh bantu bagi maklumat kawasan dengan lebih tepat nak ke sesuatu destinasi. Sebagai contoh, dalam perancangan saya dari Paris nak ke Geneva tu saya akan menetap di hotel area Gare du Nord, yang merupakan stesyen tren ala-ala kawasan KL Sentral. Rupanya, bila saya double check semula di apps Rome2Rio, tren dari Paris ke Geneva tu sebenarnya gunakan satu lagi stesyen tren yang terletak di Gare de Lyon. 

Phewww... mujur tak beli lagi. Kalau tak jenuh abam nak menapak nanti. Dah lah tak familiar sangat kat sana. Jadi tak mau nak pening-pening kepala sangat. Btw, hotel area Gare de Lyon pun sebenarnya lebih murah berbanding di Gare du Nord. Hehehhehehe.. 


04. Hotel di Paris

So bila dah tahu dari Paris nak ke Geneva tu bermula dari Gare de Lyon, maka abam terus booking hotel guna Trivago.com di kawasan yang dimaksudkan. Sebab target abam, hari ahad nak bertolak ke  Geneva tu lebih dekat nak ke stesyen tren dari hotel. Tak kelam kabut mudahan. 


Tempah hotel di Gare de Lyon guna Trivago.com
Tempah hotel di Gare de Lyon guna Trivago.com

So hotel yang jadi pilihan abam sepanjang berada di Paris, adalah Hotel des Trois Gares, dengan kadar lebih kurang RM350 untuk satu malam. So abam stay kat sini untuk 3 hari 2 malam jugak lah. Yang lain lagi terbeliak mata, harga dia. Huhuhu..

Untuk di Geneva nanti pula, tak perlu tempahan hotel sebab penginapan semuanya telah disediakan oleh pihak CERN di asrama mereka yang terletak di Meyrin. Nanti abam update yer hotel dia camna. Hehehehe. 



05.  Travel Insurance
Dan semestinya, untuk travel jauh macam nih, abam sangat lah nasihatkan semua untuk beli travel insurance sendiri. Lagipun, dari maklumat yang saya dapat, kementerian dah tak cover insuran untuk travel cikgu-cikgu. Dulu dapatlah jugak sekali untuk setahun, tapi sekarang dah tak ada. So kena beli sendiri ok.

Untuk travel insurans kali nih abam pilih Allianz Travel Care. Kalau sebelum nih saya pernah beli travel insuran daripada AIA semasa nak ke Bali, Indonesia pada tahun lepas. Pun ok jer. Cuma bila nak pergi ke Europe nih, saya rasa nak cuba travel insurans yang lain pulak lah. Nanti senang nak cerita dan compare.


Konsep chatting Allianz Travel Care yang sangat mesra pengguna
Konsep chatting Allianz Travel Care yang sangat mesra pengguna

Yang bestnya beli dengan Alllianz Travel Care nih, memang sangat convenience. Bukak jer website diorang, https://buy.allianztravel.ringgitplus.com/ dan beli dengan konsep chatting! Yess.. main chatting saja macam berbual dengan kawan. Serius abam suka konsep nih. Mesra sangat rasa, padahal chatting dengan robot / system jer. Hahahahha. Lepas dah buat bayaran, policy tu akan dihantar ke emel. So abam cetak untuk simpan buat rujukan. 

Untuk trip 15 hari di Eropah nih, abam kena bayar RM160. Harga dia akan berubah mengikut jumlah hari, destinasi dan juga jenis pakej yang kita ambil. Boleh tengok ler masing-masing punya kelebihan dan apa yang diorang cover. Pilih yang sesuai ikut keperluan travel kita ya!



06. Kad Kredit dan ATM
Sebagai langkah persediaan, saya activatekan juga kad kredit dan kad ATM bagi kegunaan di luar negara nanti. Manalah tahu, tetiba nak shopping sakan pulak kan, so dah boleh standby pakai kad kredit atau terus cash out daripada ATM terdekat di Paris atau Geneva nanti. 


Jangan lupa aktifkan akaun luar negara anda ya!
Jangan lupa aktifkan akaun luar negara anda ya!

Untuk pengguna akaun CIMB seperti saya, pengaktifan kad kredit dan juga kad ATM nih boleh dilakukan menerusi laman banking online saja, iaitu https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/ . Memang mudah sangat lah, ambik bahagian Services dan pilih Overseas Spends and Withdrawals. 

Kemudian pilih lah nak activatekan akaun yang mana, secara permanent atau pun untuk sementara saja. Bagi pilihan sementara, boleh pilih tarikh dari bila, sampai bila. Nih untuk yang jarang travel, dan juga nak ambil langkah keselamatan lebih tinggi lah. 


07. Tren Paris ke Geneva
Oleh sebab nak merasa pengalaman naik tren dari Paris ke Geneva, maka abam pun order lah tiket tren dari Paris Gare de Lyon ke Geneva. Macam saya cakap tadi, apps Rome2Rio tu sangat lah membantu untuk menentukan destinasi dan stesyen yang betul. 

Kemudian saya gunakan juga laman web online, https://www.thetrainline.com/ untuk beli tiket tren secara online. Bukan apa, senang bila beli siap-siap secara online. Takyah nak beratur, takyah nak pening-pening dan yang penting takyah nak bawak duit banyak-banyak untuk beli tiket. 

Booking tren dari Paris ke Geneva guna Trainline.com
Booking tren dari Paris ke Geneva guna Trainline.com

Kos tren daripada Paris ke Geneva lebih kurang, Euro 180 bagi Standard Class. Kalau nak yang 1st Class mahal ler sket. Harga dia pun berubah-ubah ikut masa dan juga ikut destinasi, sebab ada yang pergi ke tempat lain dulu sebelum menuju ke Geneva. Saya memang pilih yang direct terus ke Geneva. Just nak menikmati 3 jam dengan keindahan pemandangan sepanjang jalan dari Paris ke Geneva jer hasratnya. Gituuuu.. ;)


08. Travel Wifi
Internet antara satu lagi benda yang kena consider bila nak gi travel camnih. Apatah lagi nak travel solo camni, so kena sentiasa connected dengan Internet lah supaya apa-apa hal boleh guna Google ka, apa-apa apps yang boleh bantu. So untuk yang nih abam pilih https://www.travelrecommends.com/my/home.

 
Pakej simkad Europe 22GB untuk RM178
Pakej simkad Europe 22GB untuk RM178


Mulanya nak ambil yang mobile wifi tu. Tapi bila tengok balik, tak padan pulak. Sebab abam travel sorang-sorang jer. Lebih baik ambik terus simkad, masuk terus dalam fon. Harganya baru RM178 untuk  Simkad Pakej Europe dengan 22GB, dan boleh tahan sampai sebulan. Semua boleh order dan bayar pakai online. Nanti terus boleh ambik simkad di KLIA sahaja. Mudah kan?

Dulu pernah try roaming guna Celcom masa pergi Turkey. Tapi tak berhasil pun. Mungkin salah setting. Jadi kali nih saya malas nak jadi camtu lagi. Apatah lagi kali nih kena travel sorang. So apa-apa senang nak tanya rakan-rakan.



09. Makanan dan Ubatan

Atas nasihat rakan, maka saya standby juga sedikit ubat-ubatan untuk dibawa pergi sana. Just in case orang kata. Sebab katanya lagi ubat kat sana, mahal sangat. So planning saya, nak bawa Panadol, Berocca untuk Vitamin C, pelembap Vaseline dan Strepsil untuk ubat batuk. 

Lagi satu  pesan sahabat saya, lebih baik bawak dalam bungkusan asal. Takyah nak bukak-bukak ke apa, sebab takut nanti diorang syak ubat bukan bukan pulak. Kalau boleh asingkan terus daripada bahagian beg yang lain, supaya kalau diorang syak pelik-pelik, maka bolehlah terus tunjuk saja dalam beg tu.


10. Universal charger

Yang ini jangan lupa pulak. Walaupun nampak macam kecik saja, tapi sebenarnya sangat membantu pada masa kecemasan. Ada yang jenis suka bawak satu jenis saja ikut negara yang dikunjungi. Tapi style saya bawak saja set lengkap yang ada semua negara tu.

Lagipun plug di Switzerland adalah tak sama seperti dengan negara Eropah yang lain. So sebab dah main dekat Perancis dan Switzerland, maka lebih baik bawak semuanya.


11. Duta Kecil Malaysia
Bendera Malaysia, pakaian tradisional Baju Melayu, cenderahati dari Malaysia dan juga kad nama yang ada bendera Malaysia. Secara tak langsung juga, bila kita berada tempat-tempat camtu, kitalah Duta Kecil Malaysia!





Catat Komen

0 Ulasan