About Me

Pair Teaching Sains Yang Tak Dirancang, Tapi Berjaya

Sesi pair teaching yang tak dirancang, tapi berjaya dilaksanakan pada hari ni. Perkongsian ilmu dan amalan terbaik bagi pelaksanaan eksperimen yis dalam doh dan penyiasatan saintifik dengan Ketua Panitia Sains saya, Cikgu Zakiah.



Sesi Pair Teaching bersama Cikgu Zakiah
Sesi Pair Teaching bersama Cikgu Zakiah


Kita tahu, bukan semua guru selesa jika ada guru lain dalam kelas yang sama. Maka, terima kasih tak terhingga juga buat Cikgu Zakiah yang izinkan saya untuk berada dalam kelas sains beliau.

Berikut, saya cadangkan 3 tips untuk yang berminat nak menjayakan #pairteaching.

💡 Bersikap terbuka dan bersedia menerima ilmu baharu dengan niat sama-sama nak baiki diri

💡Kena ingat, sentiasa ada ilmu yang boleh dipelajari daripada kedua-dua belah pihak

💡 Pentadbir boleh galakkan lagi sesi sebegini dengan cara menyusun jadual kelas dengan lebih baik



Pair Teaching Sains Yang Tak Dirancang, Tapi Berjaya

Pair Teaching Sains Yang Tak Dirancang, Tapi Berjaya

Pair Teaching Sains Yang Tak Dirancang, Tapi Berjaya


Alhamdulillah banyak benda yang kami sama-sama belajar pada hari ini. InshaAllah akan membantu tambahbaik cara pengajaran #Sains masing-masing lepas nih.

Yang pastinya, satu lagi sesi #PLC yang berjaya pada hari ini! @ Smk Jerlun



Catat Komen

0 Ulasan