About Me

Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli

Sekali lagi dapat berkhidmat untuk Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru bagi pelatihan guru dalam servis. Jika sebelum ini bagi guru Sekolah Dalam Hospital dan Sekolah Integriti Henry Gurney, kali ini bersama guru dari Sekolah Orang Asli untuk Negeri Johor. Kali kedua pula bersama kumpulan guru dari Pantai Timur.


Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli
Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli di Johor

Apatah lagi ini peluang pertama saya mengenal dengan lebih dekat cabaran dan pengalaman guru yang mengajar di Sekolah Orang Asli. Excited nak jumpa mereka. Sebab banyak benda jugak yang saya nak tahu daripada perkongsian guru di sini.

Bengkel berlangsung di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan PLGDP Bandar Tenggara, Johor selama 3 hari. Berkampung lah di sini dengan pegawai KPM dan guru yang terlibat. Pengendali bengkel adalah Puan Siti Nurzaida Rahayu yang juga merupakan Pegawai yang menjaga Sekolah Asli seluruh Malaysia. Dengan dibantu oleh Puan Aida dan Encik Shaarani dari Bahagian Pendidikan Guru.


Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli

Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli

Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli

Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli


Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli


Yang saya perasan, ramai dalam kalangan guru-guru di sini adalah kalangan guru-guru muda. Baru posting macam tu lah. Malah ada juga guru yang datang adalah dari kaum Orang Asli sendiri.


Manakala bagi kali kedua pula di PLGDP Sri Tualang, Temerloh bagi guru-guru sekolah orang asli di negeri Pahang. Di sini kelompok guru yang terlibat adalah lebih ramai, majoriti daripada Pantai Timur.

DI sini juga saya bertemu dengan seorang guru yang pernah mengajar di SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak pada tahun 90-an. Tak sangka. Jumpa senior daripada batch yang berbeza. Bila disebut beberapa nama guru yang masih mengajar di sana, rindu pulak dengan kenangan masa dok Sibu dulu. 

 
Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli
Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli  di Temerloh


Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli

Bengkel Modul Untuk Guru Sekolah Orang Asli


Apa pun pengalaman perkongsian dengan guru yang mengajar sekolah Orang Asli merupakan satu pengalaman yang sangat menarik. Selain daripada dapat mendengar sendiri pengalaman sebenar guru yang bertugas di sana, saya juga secara tak langsung dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam lebih mengenali masyarakat Asli di Malaysia. Struktur organisasi, budaya dan juga cara hidup mereka, sangat lah unik dan seharusnya terus dipertahankan kemandirian budaya tersebut. 

Semoga melalui perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada golongan pendidik yang terpilih untuk menimba pengalaman mengajar di sekolah Asli.



Catat Ulasan

0 Ulasan