About Me

Prinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim

Zarah-zarah di dalam pepejal bergetar pada kedududkan tetap. Apabila pepejal dipanaskan, zarah-zarah bergetar dengan lebih cepat dan jarak antara zarah bertambah. Hal ini menyebabkan isipadu pepejal bertambah kerana pepejal mengembang. Sebaliknya, apabila pepejal disejukkan, zarah-zarah bergetar dengan lebih perlahan dan jarak antara zarah berkurang, Hal ini menyebabakan isipadu pepejal berkurang kerana pepejal mengecut.

   Zarah-zarah cecair dan gas pula bergerak secara bebas. Apabila cecair dan gas dipanaskan, zarah-zarah bergerak dengan lebih cepat. Jarak antara zarah juga bertambah. Hal ini menyebabkan isi padu cacir dan gas bertambah kerana cecair dan gas mengembang. Sebaliknya, apabila cecair dan gas disejukkan, zarah-zarah bergerak dengan lebih perlahan dan zarah semakin rapat antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan isipadu cecair dan gas berkurang kerana cecair dan gas mengecut.

Penggunaaan Pengembangan dan Pengecutan dalam Kehidupan Harian.


merkuri
merkuri


Merkuri di dalam termometer ialah sejenis konduktor haba yang boleh mengembang dan mengecut.

rel kereta api
rel kereta api


Landasan kereta api mempunyai ruang kecil di antara penyambung rel untuk membolehkan pengembangan landasan pada cuaca panas. Tanpa ruang-ruang  ini, landasan berisiko untuk membengkok dan bertindih.


jambatan keluli
jambatan keluli

Jambatan keluli dibina dengan penggolek dan satu ruang pada satu hujung. Ini membolehkan pengembangan jambatan pada cuaca panas.

model sistem penggera kebakaran
model sistem penggera kebakaran


Jalur dwilogam sering digunakan di dalam peralatan yang bergantung pada pengawalaturan suhu. Jalur ini diperbuat daripada dua jalur logam yang berbeza yang mengembang dan mengecut  pada kadar yang berbeza.

Catat Ulasan

1 Ulasan