About Me

Perkongsian PAK21 di SMJK Jit Sin

Satu peluang yang bermakna pada tahun ini adalah mendapat peluang untuk perkongsian amaln terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di sebuah sekolah hebat di Pulau Pinang, SMJK Jit Sin. Sekolah dengan pencapaian no.1 di negeri ini merupakan sekolah yang menjadi rebutan dalam kalangan murid di kawasan sekitar.

Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di SMJK Jit Sin
Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di SMJK Jit Sin

Sampai saja di sekolah, melihatkan saja bangunannya yang besar cukup memberi input kepada saya bahawa betapa ramainya murid yang ada kat sini. Selain daripada fasiliti yang serba lengkap, sekaligus mengimbas kenangan saya dengan sekolah semasa menjadi guru pertukaran di Korea. 

Kebetulan sampai 5 minit sebelum masa yang ditetapkan, maka saya dibawa oleh tuan Pengetua terus ke bilik seminar. Memang terbaik sebab rasa macam kat dalam dewan kuliah. Cikgunya dah seramai hampir 180 orang. Masa tu juga dimaklumkan murid di sini hampir mencecah 3000 orang! Ramainyaaaa..

Sesi perkongsian berjalan dengan lancar. Banyak juga perkongsian yang mendapat perhatian daripada para guru di sini. Walaupun, sekolah mereka dah sangat bagus pada saya, tapi mereka masih melihat sangat banyak ruang untuk mereka tambahbaik kualiti pendidikan di sana. Salute betul!

Perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di SMJK Jit Sin

Sesi kedua berlangsung di dewan besar. Memang nampak mewah laa. Bengkel seperti biasa memberi peluang kepada guru untuk merancang pdpc abad ke-21 yang menepati mata pelajaran mereka. Semua nampak bersemangat nak cuba faham apa yang perlu dilakukan. 

Sesi berakhir pada jam lebih kurang 12 tengahari. Walaupun berpuasa, tapi saya tak rasa penat, kerana melihatkan semangat cikgu-cikgu nak cuba buat yang terbaik. Tahniah untuk guru-guru SMJK Jit Sin atas komitmen anda.

Secara keseluruhannya, pengalaman berkongsi di sekolah ini memberi satu perspektif baharu kepada saya. Selain daripada komitmen gurunya yang lain macam, peranan komuniti melalui PIBG haruslah dilihat dengan peranan yang berfungsi dengan baik. 

Dan sebelum saya pulang dari sana, sempat juga saya bayangkan, alangkah hebatnya pendidikan kita jika semua sekolah juga dapat mempunyai fasiliti yang sama, dengan diperkukuhkan oleh peranan luar bagi membantu sekolah dengan betul. Anda setuju?

Catat Ulasan

0 Ulasan