About Me

Anugerah Pembestarian 2017 Negeri Kedah

Pada 6 November yang lalu telah berlangsung majlis gilang gemilang Anugerah Pembestarian 2017 bagi peringkat Negeri Kedah. Pengiktirafan diberikan kepada murid, guru dan sekolah yang terlibat aktif dalam membudayakan amalan Pembestarian menggunakan Teknologi Maklumat di sekolah.


Anugerah Pembestarian 2017 Negeri Kedah



Alhamdulillah, saya juga terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah untuk majlis tersebut. Saya sendiri tak menduga bahawa akan dipilih untuk menerima Anugerah Ikon Teknologi Pendidikan bagi Negeri Kedah untuk tahun 2017! Pengiktirafan atas usaha dalam penggunaan teknologi pendidikan dalam bilik darjah dengan meningkatkan penglibatan murid dalam dunia digital.

Selain itu, antara anugerah lain yang turut disampaikan dalam majlis tersebut adalah Anugerah Ikon Guru Perpustakaan dan Media, Anugerah Pemimpin ICT dan juga Anugerah NILAM. 






Anugerah Pembestarian 2017 Negeri Kedah




Sehubungan dengan penganugerahan ini juga, saya juga telah terpilih sebagai calon akhir bagi Anugerah Ikon Guru Teknologi Pendidikan Peringkat Kebangsaan, mewakili negeri Kedah bagi bersaing dengan calon guru dari negeri lain. 




Anugerah Pembestarian 2017 Negeri Kedah


Sebelah pagi sebelum majlis berlangsung, saya juga telah didatangi oleh pegawai sebagai wakil BTP, Puan Fadzliaton dari Bukit Kiara yang menilai usaha pembestarian yang saya lakukan di sekolah. Alhamdulillah, perbincangan bersama pentadbir sekolah juga memberikan perspektif bagaimana perkara tersebut diluaskan lagi skala pelaksanaan. 

Untuk tersenarai sebagai salah seorang finalis bagi anugerah berprestij ini ke peringkat kebangsaan juga sudah merupakan pencapaian yang terbaik buat saya. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ramai lagi guru di luar sana untuk menggunakan teknologi dalam bilik darjah.

Selamat maju jaya!




Catat Ulasan

0 Ulasan