Saya berbesar hati untuk berkongsi sedikit pengalaman melalui amalan Pembelajaran Abad 21 bersama guru-guru SM Sains Tunku Syed Putra. Apatah lagi jemputan kali ini adalah jemputan kedua dari sekolah dalam negeri Perlis, negeri kelahiran saya. Selepas kelas terakhir di sekolah, maka saya terus bergegas ke sekolah tersebut.
Alhamdulillah kerana penerimaan warga guru di sini adalah sangat baik. Masing-masing dapat melihat bahawa pelaksanaan amalan Pembelajaran Abad 21 adalah tidak lah susah dan sarat dengan perkara yang menyusahkan. Sebaliknya mudah dan menggembirakan proses pembelajaran berlangsung. Semoga perkongsian di SM Sains Tunku Syed Putra ini memberikan perspektif baharu kepada warga sekolah di sini. Selamat beramal!
Catat Ulasan
0
Ulasan
Social Plugin
BELI MICROSOFT OFFICE 365
Anda Pengunjung ke
Nak tahu Cikgu Hailmi di mana minggu ini? Jom kita jumpa di
0 Ulasan