About Me

Penyerakan Cahaya

Pernah tengok tak langit pada waktu tengah hari dan waktu senja? Warna langit yang kebiruan dan kemerahan itu adalah disebabkan oleh penyerakan cahaya. Jadi, apa itu penyerakan cahaya? 


fenomena penyerakan  cahaya
fenomena penyerakan  cahaya


Penyerakan cahaya adalah fenomena alam yang berlaku apabila sinar cahaya dihalang dan dipantulkan semula arah oleh awan atau zarah-zarah dalam udara.

Pada Waktu Tengah Hari

penyerakan cahaya pada waktu tengah hari
penyerakan cahaya pada waktu tengah hari


   Pada waktu tengah hari, cahaya biru diserak paling banyak ke semua arah oleh melekul-molekul udara yang halus dalam atmosfera. Oleh itu, langit kelihatan biru pada waktu tengah hari.

Pada Waktu  Senja

penyerakan cahaya pada waktu senja
penyerakan cahaya pada waktu senja


   Pada waktu senja pula, cahaya matahari bersinar secara mengufuk. Cahaya yang paling kurang diserak  merah dan jingga akan melalui atmosfera tanpa gangguan. Cahaya lain seperti cahaya biru yang banyak diserak akan hilang daripada lintasan cahaya asal. Oleh itu, langit pada waktu senja kelihatan kemerahan.

Catat Komen

0 Ulasan