About Me

Homeostasis Dalam Benda Hidup

Homeostasis merujuk kepada pengekalan persekitaran dalam badan sesuatu organisma, misalnya aras suhu, air, pH, tekanan darah dan sebagainya. Pengekalan ini membolehkan semua proses hidup dalam badan organisma itu berjalan dengan lancar. Sekiranya tidak seimbang, misalnya suhu terlalu tinggi, sel-sel organisma akan mati.


Proses Kawalan Homeostasis
1-Apabila keadaan persekitaran berubah badan kita akan berubah, misalnya suhu meningkat, pusat kawalan di otak akan mengesan peningkatan itu.
2-Mekanisme pembetulan akan bertindak dan suhu akan menurun kepada julat normal. Begitu juga sebaliknya.


Proses Kawalan Homeostasis
Proses Kawalan Homeostasis 

Kawalan homeostasis yang penting dalam kehidupan ialah kawalan atur air dan suhu badan.


Kawal atur kandungan air
Kawal atur kandungan air

Kawal atur suhu badan
Kawal atur suhu badan
Keadaan lapisan kulit semasa suhu persekitaran tinggi dan sehu persekitaran rendah
Keadaan lapisan kulit semasa suhu persekitaran tinggi dan sehu persekitaran rendah

Homeostasis Dalam Haiwan.

Homeostasis juga berlaku pada haiwan.
-Kucing menjilat bulu di badan supaya suhu badan berkurang. Kucing akan menegakkan bulu untuk memerangkap haba apabila kesejukkan.
-Anjing menjelirkan lidah supaya suhu badan berkurang.

Bagi haiwan reptilia seperti cicak mengekalkan homeostasis ialah
   Terhadap persekitaran sejuk,
-aktiviti badan menjadi perlahan
-otot berfungsi pada kadar perlahan
-pergerakkan menjadi perlahan
-kadar metabolosme rendah
-suhu badan menurun.

   Terhadap persekitaran panas,
-jantung berdegup dengan cepat
-pergerakan menjadi lebih pantas
-kadar metabolisme cepat
-suhu badan meningkat

Bagi siput babi, kehilangan banyak air melalui penyejatan air di permukaan bumi. oleh itu siput babi akan menghasilkan bendalir dan mencari tempat lembap untuk mengurangkan penyejatan air.

Bagi lebah lupa, mempunyai lapisan kulit berlilin dan kehilangan wap air berlaku melalui spirakel pada badan. Oleh itu, lebih kan menutup spirakel antara dua gerakan pernafasannya untuk mengurangkan kehiloangan air.

Homeostasis dalam Tumbuhan.
Tumbuhan memerlukan air yang mencukupi untuk mengelakkan tumbuhan menjadi layu dan mati.

Bagaimana tumbuhan mengawal atur kandungan air pada hari panas dan hari sejuk?
   Air daripada tumbuhan hilang melalui satu proses yang dikenali sebagai transpirasi. Dalam proses ini, air hilang daripada daun dalam bentuk wap air ke persekitaran melalui stoma. Hal ini melibatkan sistem pengankutan dalam tumbuhan.

Transpirasi membantu pengankutan air dari akar ke daun.
Transpirasi membantu pengankutan air dari akar ke daun.
-transpirasi membantu tumbuhan menyerap dan mengankut air dan mineral dari tanah ke seluruh bahagian tumbuhan
-penyejatan air daripada daun menyejukkan tumbuhan pada hari panas.


Stoma ialah sel-sel pengawal yang mengawal pembukaan dan penutupan stoma. Pada waktu siang, stoma terbuka untuk penukaran gas. pada masa yang sama wap air akan hilang daun dan hal ini akan meningkatkan kadar penyerapan air.

Pembukaan dan penutupan stoma
Pembukaan dan penutupan stoma

KEPENTINGAN
Kawalan homeostasis dalam badan manusia dan benda hidup bertujuan untuk menyediakan satu keadaan optima dalam badan supaya sel dapat menjalankan aktiviti metabolismenya dengan cekap. Semua tindak balas kimia dalam sel hidup dikawal olen enzim yang peka kepada perubahan persekitan. Perubahan suhu akan  mempengaruhi aktiviti enzim itu.

Catat Komen

0 Ulasan