About Me

Idea P&P Sains : Keadaan Jirim (Sticker)

Kali ini menggunakan idea kreatif bersama anak murid Tingkatan 4, bagi tajuk Keadaan Jirim. Beberapa idea yang biasa dilihat dan digunakan oleh guru-guru lain adalah dengan  menggunakan coklat M&M atau plastisin, tapi saya cuba dengan menggunakan sticker bulat berwarna. 


Idea P&P Sains : Keadaan Jirim (Sticker)


Agak menarik bila digunakan pelajar. Pembelajaran dapat dilakukan dengan baik, melalui pertanyaan pelajar seperti :

1. Bolehkah sticker tersebut bertindih?
2. Bolehkah menggunakan pelbagai warna bagi suatu keadaan jirim?
3. Ada perbezaan antara sticker pada cecair dan gas?


Idea P&P Sains : Keadaan Jirim (Sticker)


Pertanyaan di atas, jika dijawab dengan baik oleh guru, mampu memberi kefahaman yang lebih baik kepada pelajar. Guru boleh mengambil peluang untuk memberikan konsep yang betul kepada keadaan zarah pada jirim yang berbeza, dengan menggunakan Teori Kinetik Jirim. 




Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada semua. Idea mudah, tapi inshaAllah berguna. Selamat berkreatif!



Catat Ulasan

1 Ulasan