Dah tentu lah saya 'malu alah' bak kata orang Utara. Mesti menerima jemputan. Mengenang jasa baik Pn Rogayah sepanjang beliau berkhidmat di SMK Jerlun, maka saya terima jemputan tersebut. Juga saya niatkan untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada dengan adik-adik calon PT3 di sekolah ini. Sama seperti di sekolah lain.
Sesi bermula jam 2.30 petang. Banyak cabarannya. Panas. Baru habis sekolah. Letih dan sebagainya. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Perkongsian juga sangat menarik dengan adik-adik SMK Tun Sharifah Rodziah nih. Mereka memang sangat aktif sepanjang berlangsungnya sesi. Pertanyaan saya sentiasa mendapat maklumbalas mereka. Tidak kisah sama ada maklumbalas betul atau kurang atau salah, tetapi penyertaan mereka sangat memberangsangkan.
Beberapa perkara yang sama saya dapat kenalpasti. Pelajar tak dapat nak menerangkan konsep dengan baik. Bermakna juga mereka tidak benar-benar memahami konsep sains di sebalik pembelajaran mereka. Ini menyebabkan pelajar gagal menerangkan dengan baik. Bukan sahaja berlaku di sini. Tetapi juga di sekolah-sekolah lain yang saya pegi ceramah.
Slot 2 jam terisi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya gembira kerana dapat berkongsi ilmu sebaiknya dengan adik-adik di sini. Semoga mereka memperolehi perkongsian yang bermanfaat. Saya ucapkan selamat maju jaya dan saya doakan semoga mendapat keputusan yang cemerlang untuk PT3, terutamanya bagi subjek Sains.
Terima kasih yang tak terhingga juga buat pihak sekolah SMK Tun Sharifah Rodziah yang sudi menjemput saya ke sekolah mereka. Saya mohon maaf juga jika ada sebarang kelemahan dan kekurangan daripada pihak saya. Semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.
0 Ulasan